‘Peluang bina rumah di syurga, bina syurga di rumah’

‘Peluang bina rumah di syurga, bina syurga di rumah’

Suasana pasa Majlis Pelancaran Kempen Ramadan 1445H (Faham Khatam Al-Quran Think Quran) di Auditorium Karangkraf pada Jumaat. Foto Sinar Harian-MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

Suasana pasa Majlis Pelancaran Kempen Ramadan 1445H (Faham Khatam Al-Quran Think Quran) di Auditorium Karangkraf pada Jumaat. Foto Sinar Harian-MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

SHAH ALAM – Misi MengQurankan Bangsa menjadi titik tolak kerjasama antara Kumpulan Karangkraf dan Aplikasi Think Quran untuk melancarkan kempen #FahamKhatamAlQuran bersempena Ramadan.

Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, besar harapannya agar umat Islam mengkhatamkan al-Quran pada bulan puasa ini dengan kefahaman menerusi kemudahan penggunaan aplikasi berkenaan.

“Jadi kamu hendak masuk syurga (atau) tidak? Jika hendak, kamu kena jadi muslim yang baik.

“Muslim yang baik adalah yang ada al-Quran pada diri dan faham,” katanya ketika berucap sempena pelancaran kempen #FahamKhatamAlQuran di Karangkraf di sini pada Jumaat.

Sumber