Pelancaran Wajah Baru Minuman Tenaga M-150

Pelancaran Wajah Baru Minuman Tenaga M-150

Kuala Lumpur, 8 September – Hari ini, Infra Bunga Sdn Bhd (Infra Bunga) memperkenalkan penampilan baharu untuk minuman tenaga M-150, merombak botol persegi yang telah digunakan sejak 20 tahun sebelumnya.

Infra Bunga yakin ia dapat meningkatkan bilangan peminat M-150 yang dimilikinya dan bersaing dalam industri minuman tenaga Malaysia semasa fasa baharu yang datang berikutan wabak COVID-19.

Minuman tenaga M-150 yang disertakan kafein dan tidak berkarbonat ini memberikan badan dan minda rangsangan tenaga.

M-150 mempunyai rasa sitrus dan manis yang menarik dan bertindak untuk meningkatkan daya tahan sukan, kewaspadaan, dan mengurangkan keletihan.

Pengarah Urusannya, Saw Lip Jin, berkata, M-150 adalah minuman gaya hidup yang sesuai untuk dinikmati di mana-mana majlis dan pada bila-bila masa.

“Selepas seharian padat dengan pelbagai aktiviti, M-150 adalah pilihan terbaik untuk  mengembalikan kesegaran tubuh. Ia juga mudah di bawa ke mana-mana.

“Minuman berasal dari Thailand itu berada di pasaran Malaysia sejak 2016. Gabungan unik bahan asli dan formulasi berkualiti tinggi, M-150 menawarkan rasa dan memberi manfaat yang terbaik serta enak diminum sejuk,” katanya.

Lip Jin menambah, kepada mereka yang memandu dalam perjalanan jauh, jadikanlah M-150 sebagai teman anda supaya kekal bertenaga dan selamat sampai ke destinasi.

M-150, minuman yang sesuai untuk pasaran pengguna antara umur 18 dan 40 tahun, yang mengandungi hanya 155 kalori setiap botol 150ml.

Barangan Thai berkualiti, yang dipromosikan secara eksklusif oleh Infra Bunga, boleh didapati di lebih 14,000 titik sentuh di seluruh negara, termasuk tapak e-dagang, mesin layan diri, kedai runcit dan kedai serbaneka.

Duta M-150

Dalam usaha meletakkan M-150 sebagai minuman tenaga pilihan ramai, Infra Bunga melantik Tiktoker terkenal Malaysia, Muhamad Hasif Sharauddin sebagai duta.

Beliau yang juga dikenali dengan gelaran Hasif Upin atau Abang Upin Ipin adalah ‘Top 3’  tiktoker Malaysia yang  mempunyai 2.6 juta  pengikut termasuk pengikut dari Indonesia.

Semoga dengan pelantikan itu, Muhamad Hasif berjaya meningkatkan lagi penjualan M-150 dan menarik pelanggan baru dalam kalangan pengikutnya.

Seorang yang aktif dan sentiasa positif dalam kehidupan, Muhamad Hasif wajar diangkat sebagai ‘wajah’ M-150.

Latar diri Hasif

Sebelum ini dikenali sebagai Abang Upin Ipin di TikTok dengan nama Hasif Upin, anak kelahiran Kota Tinggi, Johor berusia 29 tahun ini, kini bergerak ke hadapan dalam industri muzik sebagai vokalis.

Hasif tidak pernah membayangkan tuahnya akan datang dalam industri muzik apabila membuat penampilan sulung dengan lagu Janji Sampai Mati, tulisan Aizat Amdan dan Anas Amdan.

“Syukur Alhamdulillah, selepas menyertai uji bakat The Audition anjuran Armani Entertainment Group, saya menerima ‘superstar pass’ daripada pengarah tersohor Michael Ang dan terus diserap menjadi penyanyi.

Memiliki lebih 2.6 juta pengikut di TikTok, Hasif juga menganggap platform itu sebagai pembuka jalan rezeki untuknya.

“Semuanya bermula dengan video parodi Upin Ipin yang saya hasilkan selepas sahur Ramadan pada tahun lalu dan tak menyangka ia akan menjadi viral,” katanya.

Hampir semua video dihasilkan mencuri perhatian netizen sehingga tular menembusi negara Indonesia dan dia sehingga kini memiliki 2.6 juta pengikut di akaun TikTok.

Berkongsi mengenai lagu Janji Sampai Mati, Hasif berkata, ia mengisahkan mengenai cinta antara dua insan yang berterusan sehingga akhir hayat.