Pelancaran Malaysia Digital di Ekspo Dubai 2020 relevan

Pelancaran Malaysia Digital di Ekspo Dubai 2020 relevan

PELANCARAN Malaysia Digital di program Expo 2020 Dubai diadakan bertepatan pada masanya dan relevan kerana program dan insentif yang dipertingkatkan itu, penting bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi Malaysia pascapandemik Covid-19.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, selaras dengan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), Malaysia Digital yang diperbaharui dan dipertingkatkan akan menjadi asas kepada pencapaian matlamat yang telah ditetapkan di bawah Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL), yang menetapkan sasaran pelaburan RM70 bilion menjelang 2025.

“Susulan pengumuman (Digital Malaysia) tadi, ada beberapa langkah lagi yang perlu kita ambil, iaitu untuk perincikan transformasi yang kita lakukan daripada MSC kepada Malaysia Digital.

“Kementerian akan menyiapkan kertas kepada Jemaah Menteri mungkin dalam masa terdekat dan kita menjangka pelancaran akan dilakukan pada penggal kedua tahun ini,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Minggu Ekonomi Digital Malaysia di Ekspo 2020 Dubai, di Pavilion Malaysia di Dubai pada Rabu.

Beliau berkata, kerajaan tidak menetapkan sebarang jangka masa khusus bagi pelaksanaan Malaysia Digital dan penekanan akan diberikan kepada pelaksanaan polisi bagi membangunkan ekonomi digital negara.

AKAN MENYUSUL

Sumber