PBKSB tandatangani kontrak bersama Petronas Carigali dan lapan PAC lain

PBKSB tandatangani kontrak bersama Petronas Carigali dan lapan PAC lain

kontrak berkenaan penting kepada PBKSB kerana ia membolehkan pihak syarikat bukan sahaja mengukuhkan kedudukan sebagai kemudahan asas bekalan tetapi juga menggalakkan pembangunan bakat tempatan dalam bidang aktiviti.

kontrak berkenaan penting kepada PBKSB kerana ia membolehkan pihak syarikat bukan sahaja mengukuhkan kedudukan sebagai kemudahan asas bekalan tetapi juga menggalakkan pembangunan bakat tempatan dalam bidang aktiviti.

KEMAMAN – Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (PBKSB), anak syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC Berhad) telah menandatangani kontrak dengan Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) dan lapan Kontraktor Pengaturan Petroleum (PAC) yang lain untuk menyediakan perkhidmatan kemudahan pangkalan bekalan dan penyewaan di PBKSB, di sini.

Hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Pengerusi PBKSB, Hanafiah Mat, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC, Ridzuan Ali, Pengurus Besar Kanan Petronas (Pengurusan Kategori), Wan Asmawadi Wan Mohd, dan wakil perolehan daripada PAC lain.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi Kumpulan EPIC, Muhtar Suhaili, yang menandatangani kontrak bersama Pemangku Pengurus Besar PBKSB, Suhardi Akil Awang bagi pihak syarikat, dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan EPIC, Wan Mohd Azilah Wan Abdullah.

Hanafiah dalam ucapannya menyatakan, pihak PBKSB menghargai sokongan tidak berbelah bahagi Petronas dan PAC yang turut serta.

Jelas beliau, kontrak berkenaan penting kepada PBKSB kerana ia membolehkan pihak syarikat bukan sahaja mengukuhkan kedudukan sebagai kemudahan asas bekalan tetapi juga menggalakkan pembangunan bakat tempatan dalam bidang aktiviti.

“Kami mengharapkan perkongsian berterusan yang akan memacu pertumbuhan industri minyak dan gas tempatan,” katanya.

PBKSB ialah kemudahan bekalan minyak dan gas bersepadu sepenuhnya terbesar di Semenanjung Malaysia yang merangkumi keseluruhan 200 hektar, dengan tambahan 60 hektar ditetapkan untuk pertumbuhan masa depan.

Sepanjang tempoh kontrak, PBKSB akan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan seperti peralatan pengendalian bahan (MHE), tenaga kerja yang berkaitan dengan MHE, pengurusan pangkalan bekalan, dan perkhidmatan sokongan gudang, serta perkhidmatan bersepadu kepada operasi Petronas di Semenanjung Malaysia dan lapan PAC yang lain.

Sumber