Pasaran getah ditutup tinggi – Sinar Harian

Pasaran getah ditutup tinggi – Sinar Harian

PASARAN getah Malaysia ditutup tinggi pada hari dagangan terakhir pada 2023 sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau, disokong oleh jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) akan mula mengurangkan kadar faedah pada tahun depan, kata peniaga.

Beliau berkata, pasaran turut disokong oleh keyakinan mengenai lebih banyak langkah-langkah rangsangan daripada China dan harga penanda aras minyak mentah yang pulih.

“Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dihadkan oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS dan kebimbangan yang berterusan mengenai ketegangan di Timur Tengah.

“Pengendali pasaran turut kekal berhati-hati menjelang data pembuatan China,” katanya.

Sumber