Pasaran getah ditutup rendah – Sinar Harian

Pasaran getah ditutup rendah – Sinar Harian

Dagangan mengecil dengan penutupan pasaran getah Jepun pada Isnin bersempena dengan Hari Lautan. - Gambar hiasan

Dagangan mengecil dengan penutupan pasaran getah Jepun pada Isnin bersempena dengan Hari Lautan. – Gambar hiasan

PASARAN getah tempatan merosot hari ini menjejaki aliran menurun pasaran getah serantau dan penurunan pasaran minyak mentah penanda aras berikutan pertumbuhan ekonomi suku kedua China yang lembap menjejaskan sentimen pasaran global, kata seorang peniaga.

Beliau berkata, dagangan mengecil dengan penutupan pasaran getah Jepun pada Isnin bersempena dengan Hari Lautan.

“Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh kelemahan ringgit berbanding dolar AS dan data perindustrian China di tengah-tengah harapan lanjutan langkah rangsangan China,” kata peniaga itu.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) turun 14.5 sen kepada 580.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut 5.0 sen kepada 488.0 sen sekilogram.

Pada jam 5 petang, harga rujukan LGM untuk getah fizikal SMR 20 susut 18.5 sen kepada 578.0 sen sekilogram manakala lateks pukal turun 6.0 sen kepada 457.0 sen sekilogram. – Bernama

Sumber