Panasonic Malaysia sasar kuasai pasaran 14 peratus

Panasonic Malaysia sasar kuasai pasaran 14 peratus

PANASONIC Malaysia Sdn Bhd (Panasonic Malaysia) optimis untuk mencapai penguasaan bahagian pasaran jualan vakum di Malaysia sebanyak 14 peratus pada tahun 2023 berbanding hanya 12 peratus sahaja sebelum ini.

Pengurus Besar Pemasaran Peralatan Panasonic Malaysia, Shinichi Tsuda berkata, setakat ini, jumlah jualan vakum yang dicatatkan dalam pasaran Malaysia pelbagai jenama ialah 200 juta unit pada tahun 2022 dan sebanyak 12 peratus daripada jumlah itu merupakan vakum jenama Panasonic Malaysia.

Menurutnya, Panasonic Malaysia berkeyakinan sasaran itu mampu dicapai dengan mengembangkan dan mengukuhkan pasaran dalam talian (online) serta pengeluaran produk baharu yang berinovasi dan berkualiti.

“Kami turut melihat permintaaan pelanggan terhadap peralatan kelengkapan rumah semakin baik pada tahun ini selepas pandemik Covid-19 dan dijangka ia akan menyumbang kepada jualan Panasonic Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Pembersih Hampagas Hos Pejal Tanpa Wayar Buatan Jepun, di sini pada Khamis.

Hadir sama ialah Pengarah Pemasaran Produk Pengguna dan Perkhidmatan Pelanggan Panasonic Malaysia, Fumiaki Tanaka dan Ketua Bahagian Pemasaran Peralatan 2, Panasonic Malaysia, Stacy Kew.

Tsuda berkata, Panasonic Malaysia melancarkan rangkaian siri Pembersih Hampagas Hos Pejal Tapa Wayar Buatan Jepun yang diperluas dengan dua model paling ringan (MC-SB33J dan MC-SB53K) terkini direka untuk menjadikan pembersihan lebih mudah.

Panasonic Malaysia melancarkan siri Pembersih Hampagas Hos Pejal Tanpa Wayar Buatan Jepun dengan dua model ringan MC-SB33J dan MC-SB53K.

Panasonic Malaysia melancarkan siri Pembersih Hampagas Hos Pejal Tanpa Wayar Buatan Jepun dengan dua model ringan MC-SB33J dan MC-SB53K.

“Ini berikutan pelancaran Pembersih Hampagas Hos Pejal Tapa Wayar Bebas Kusut (MC-SB85K) yang dilancarkan tepat setahun lalu sangat popular dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak dan haiwan peliharaan berbulu.

“Pelancaran Pembersih Hampagas Tapa Wayar Panasonic merangkumi komitmen kami selaras falsafah ‘Create Today. Enrich Tomorrow’. Model pembersih hampagas baharu yang dilancarkan pada hari ini merupakan salah satu daripada tawaran produk berkualiti tinggi dan bermanfaat untuk membantu orang ramai menjalani cara kehidupan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata, MC-SB33J dijual pada harga RM1349, MC-SB53K pula pada harga RM1966 dan MC-SB85K pada harga RM2799.

“Dua model MC-SB33J dan MC-SB53K tersedia untuk pembelian di semua pengedar sah Panasonic serta pasaran dan platform online,” katanya.

Beliau berkata, ciri utama model MC-SB33J dan MC-SB53K baharu menggabungkan Teknologi Float-Lite Panasonic dengan ciri pembersihan lantai fleksibel 360° yang menjadikannya mudah dan efisien untuk bergerak ke sudut dan ruang yang sempit.

“Pembersih hampagas ini juga menampilkan pemegang ergonomik baharu yang dimajukan dengan 840 paten, untuk memastikan cengkaman selesa dan navigasi mudah,” katanya.

Dengan berat hanya 1.3 kilogram (kg), MC-SB33J mungkin ringan tetapi pastinya boleh melakukan pelbagai fungsi.

Model MC-SB33J mudah diangkat untuk membersihkan ruang yang tinggi tanpa menegangkan tulang belakang atau lengan.

Pengguna tidak perlu menyusahkan diri dengan menggunakan pembersih hampagas yang berat untuk melakukan pembersihan harian kerana ini berkuasa, tangkas dan cukup ringan untuk dikemudi dengan mudah.

Kotak habuk dan penapis boleh dibasuh dan mudah dibuka serta dibersihkan sekali gus menjadikannya mudah diselenggara untuk prestasi terbaik.

Masa pengecasan yang singkat hanya 3.5 jam bermakna tidak perlu menunggu lama untuk menggunakannya semula.

Reka bentuk model pembersih hampagas baharu telah direka sebaiknya untuk gaya hidup yang harmoni pengguna dengan reka bentuk yang bergaya dan minimalis, sebati dengan citarasa setiap kediaman.

Sementara itu, model MC-SB53K dilengkapi dengan ciri Tangle Free Power Nozzle bersama dengan ciri House Dust Sensor yang mampu mengesan zarah mikroskopik habuk dan kotoran untuk memastikan permukaan bersih.

Dua model MC-SB33J dan MC-SB53K tersedia untuk pembelian di semua pengedar sah Panasonic serta pasaran dan platform online.

Sumber