OPR bantu kenaikan kadar deposit simpanan kepada 0.96 peratus

OPR bantu kenaikan kadar deposit simpanan kepada 0.96 peratus

Gambar hiasan - Foto Bernama

Gambar hiasan – Foto Bernama

KADAR Dasar Semalaman (OPR) menyumbang kepada kenaikan kadar deposit simpanan sebanyak sembilan mata asas (bps) kepada 0.96 peratus pada akhir Julai.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2024 yang dikeluarkan hari ini berkata, paras OPR telah diselaraskan pada Mei dengan kenaikan sebanyak 25 bps, seterusnya mengembalikan OPR kepada paras prapandemik iaitu 3.00 peratus dan dikekalkan sehingga September 2023.

“Dasar monetari akan terus berpandukan mandat bagi mencapai kestabilan harga dan pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam jangka masa panjang.

“Dalam melaksanakan mandat ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) kekal peka dengan perkembangan semasa dan bagaimana perubahan situasi domestik dan global akan memberikan kesan kepada keseluruhan prospek inflasi dan pertumbuhan domestik,” katanya.

Sumber