Operasi BNM bantu kadar jangka pendek kekal stabil

Operasi BNM bantu kadar jangka pendek kekal stabil

KADAR jangka pendek diunjur kekal stabil pada Selasa berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM37.93 bilion dan RM22.64 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu akan menjalankan tender pasaran wang konvensional RM1 bilion selama tujuh hari mulai Selasa dan dua tender Qard, terdiri daripada tender RM400 juta bertempoh tujuh hari dan tender RM500 juta untuk 14 hari.

Selain itu, ia turut mengadakan dua tender repo berbalik, iaitu tender RM1.5 bilion (31 hari) dan tender RM500 juta (92 hari).

BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan menawarkan sehingga RM38.9 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM21.7 bilion bagi tender murabahah semalaman. – Bernama

Sumber