Nilai ringgit rendah sikit berbanding dolar AS

Nilai ringgit rendah sikit berbanding dolar AS

Pada 9 pagi Rabu, ringgit menyusut nilai kepada 4.7850/7910 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada 4.7825/7865.

Pada 9 pagi Rabu, ringgit menyusut nilai kepada 4.7850/7910 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada 4.7825/7865.

NILAI ringgit rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini disebabkan kekurangan permintaan untuk mata wang tempatan selepas data pengeluaran perniagaan AS bulan Oktober menunjukkan peningkatan.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Global S&P mengukuh kepada 50 pada Oktober2023, naik berbanding 49.8 pada September.

Pada 9 pagi, ringgit menyusut nilai kepada 4.7850/7910 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada 4.7825/7865.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, dolar AS turut mengukuh hari ini, dipengaruhi oleh prestasi lebih tinggi Indeks Dolar AS (DXY) selepas meningkat 0.7 peratus kepada 106.27 mata.

Sumber