Niaga emas ditutup rendah – Sinar Harian

Niaga emas ditutup rendah – Sinar Harian

NIAGA hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin seiring dengan prestasi lemah semalaman di niaga hadapan emas Comex Amerika Syarikat (AS).

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2023 merosot kepada AS$1,958.10 setiap troy auns daripada AS$1,960.50 setiap troy auns pada Jumaat manakala Ogos 2023 turun kepada AS$1,965.90 setiap troy auns daripada AS$1,968.30 setiap troy auns. (AS$1=RM4.53)

Kontrak September 2023, Oktober 2023, Disember 2023 dan Februari 2024 semuanya berada pada AS$1,977.0 setiap troy auns.

Jumlah dagangan menyusut kepada tujuh lot daripada 10 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 59 kontrak daripada 66 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada AS$1,953.70 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 14 Julai. – Bernama

Sumber