• AKTIVITI
    • Acara
    • Ekspo
    • Festival
  • PERKONGSIAN KISAH PERCUTIAN
    • Dalam Negara
    • Luar Negara
  • DIREKTORI
    • Kompleks Membeli-belah
    • Hotel/Resort
    • Pantai
  • Hobi / Sukan
    • Aktivit Lasak
    • Hunt
    • Memancing
  • ALAM SEMULAJADI

Inspirasi Destinasi Menarik Percutian Impian

Destinasi Asia - The heart and soul of Asia

  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • Sitemap
  • BLOG
  • ADVERTORIAL
  • DIREKTORI
    • Hotel/Resort
    • Kompleks Membeli-belah
    • Foodie
    • Promosi
    • Buffet Ramadhan

Nestle lancar kilang Milo terbesar dunia di Rembau

September 25, 2019 by

NESTLE Malaysia hari ini melancarkan kilang pembuatan Milo dan Pusat Kecemerlangan Global terbesar di dunia di Kilang Milo Chembong di sini.

Kilang yang beroperasi sejak tahun 1993 itu dibesarkan lagi keluasan tapaknya bagi meningkatkan kapasiti sebanyak 30 peratus dalam memenuhi permintaan domestik yang semakin bertambah selain untuk dieskport ke lebih 20 negara.

Ketua Pengarah Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad, Juan Aranols berkata, pembesaran itu melibatkan naik taraf kemudahan pembuatan dengan peralatan pengeluaran lengkap yang moden bagi mengoptimumkan kapasiti dan keberkesanan bertujuan meningkatkan produktiviti serta daya saing.

“Kami percaya terdapat peluang ekonomi yang luas di Malaysia, disebabkan itu kami melabur secara berterusan untuk mengembangkan perniagaan selama lebih 100 tahun di negara ini.

“Pelaburan bernilai RM90 juta untuk membangunkan kilang di Chembong terbesar di dunia selari dengan komitmen kami untuk terus meningkatkan operasi pembuatan dan menghasilkan produk Halal buatan Malaysia yang berkhasiat serta berkualiti tinggi untuk semua rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kilang Milo terbesar di dunia oleh Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja, Datuk Muhamad Sharip Othman dan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun di Chembong, Rembau di sini hari ini.

Menurutnya, Malaysia adalah pasaran utama bagi Nestle di seluruh dunia dan hub pembuatan utama di rantau Asia.

“Kompleks kilang ini mempunyai tenaga kerja Nestle yang paling ramai antara enam kilang yang ada di Malaysia,” katanya.





Sumber

Filed Under: AKTIVITI Tagged With: di, dunia, Kilang, lancar, Milo, Nestlé, Rembau, terbesar

Carian

Social Media Icons

Visit Us On FacebookVisit Us On TwitterVisit Us On YoutubeVisit Us On InstagramVisit Us On Pinterest

Subscribe

Subscribe

Kategori

Recent Posts

  • Jom JUMPA @ Sungei Wang!
  • Tahu apa itu driver komputer?
  • TNF-MMTF 2019 sukan lasak wanita, lelaki
  • Menyimpan wuduk dalam keadaan bermekap
  • IBN Highlands City

Popular Post

  • Pulau Aman Homestay
  • Roof Garden Hotel Bukit Jelutong
  • Johor Media Trip Malaysia
  • MUZIUM BUDAYA CHENG HO
  • SAHABAT MEDIA CC1M VMY 2014 HULU SELANGOR

RSS RSS Feed

  • Jom JUMPA @ Sungei Wang!
  • Tahu apa itu driver komputer?
  • TNF-MMTF 2019 sukan lasak wanita, lelaki
  • Menyimpan wuduk dalam keadaan bermekap
  • IBN Highlands City

Tags

alQuran Anak baharu bantu berbanding boleh buat bukan cara dalam dan dengan di dibuka dolar guna hari ibu ini Islam jadi Jangan ke kepada ketika kita lancar lebih lelaki makanan Malaysia mudah orang pada perlu QuranHour rendah Ringgit rumah tawar tidak Tip untuk Wanita yang

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2019 · Lifestyle Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in