MZ Catering menawarkan perkhidmatan semua dalam satu untuk majlis anda

MZ Catering menawarkan perkhidmatan semua dalam satu untuk majlis anda

Sebuah pasangan lelaki dan perempuan yang ingin menghalalkan hubungan mereka dengan mendirikan rumah tangga, sudah semestinya mengimpikan sebuah perkahwinan yang berjalan lancar serta menepati konsep yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Namun begitu, ia tidaklah mudah seperti yang disangka kerana pelbagai persediaan dan kelengkapan rapi dan terperinci perlu dilakukan sebelum hari bahagia tersebut tiba.

Pada masa kini, semua kelengkapan tersebut dapat diselesaikan dengan mudah apabila kebanyakkan pasangan mengupah perancang perkahwinan profesional yang akan membantu bakal pengantin menguruskan majlis perkahwinan dengan lancar sehingga selesai. Hal ini sudah semestinya kerana perancang perkahwinan adalah seorang yang berpengalaman dan mahir mengenai perkara ini. MZ Catering yang terletak di Bangi, Selangor menawarkan perkhidmatan pakej perkahwinan “All in One” kepada bakal pengantin dengan mengaturkan segala urusan sebelum dan semasa perkahwinan. Hal ini merangkumi busana, make up artist, dekorasi eksklusif, kad kahwin, pelamin dan sebagainya.

Bagi pasangan yang mempunyai impian untuk melangsungkan sebuah perkahwinan berkonsepkan ala “Garden”, pemilihan lokasi yang sesuai dan mampu menampung kapasiti tetamu adalah amat penting. MZ Garden Hall adalah lokasi tepat yang menepati konsep tersebut yang dilengkapi dewan marquee tent bertemakan ala “Garden” dengan keluasan 15,000 sqft dan pentas seluas (30ft x 40ft) yang mampu memuatkan sehingga 800 bilangan tetamu dalam satu masa. Lokasi ini mempunyai pelbagai fasiliti seperti bilik persalinan untuk tuan rumah, tempat letak kenderaan yang luas, tandas dan surau yang selesa. Acara rasmi selain majlis perkahwinan seperti majlis pertunangan, majlis pernikahan dan makan malam tahunan juga sesuai diadakan di MZ Garden Hall.

MZ Catering juga menawarkan pelbagai pakej katering yang menarik merangkumi pelbagai jenis majlis dengan berbekalkan pengalaman melebihi 11 tahun. Antara pakej katering yang ditawarkan adalah pakej rumah terbuka, pakej perkahwinan, pakej aqiqah, pakej persaraan, pakej seminar dan sebagainya. Semestinya mereka memberikan servis dan layanan yang terbaik untuk anda.

Untuk maklumat lanjut atau berminat ingin membuat sebarang tempahan, sila hubungi atau WhatsApp di talian 014-3180070 (Syazwan) atau layari laman web rasmi iaitu www.mzcatering.com