MY Thai Premier – Thai massage Cititel Mid Valley

MY Thai Premier – Thai massage Cititel Mid Valley

V Ultimate Wellness Bhd, syarikat penyedia perkhidmatan kecantikan terkemuka negara. V Ultimate Wellness Berhad ialah syarikat utama menguruskan pelbagai jenama terkenal di pasaran seperti DrNanoLabcel, Dermamaster, klinik Ava, dan pakar rambut H2G. Syarikat ini antara syarikat menggunakan teknologi terkini dalam perawatan kulit, estetik, rawatan pelangsingan dan produk penjagaan rambut.

Syarikat ini telah membuka premis terbaharu, My Thai Premier yang boleh dikunjungi di Cititel Mid Valley. My Thai Premier, MY Thai Express dan pusat kesihatan keluarga MY Tradisi merupakan perkhidmatan terapi Thai dan urutan.

Konsep MY Thai merupakan spa keluarga mewah dan rawatan terapi kesihatan namun dengan harga yang berpatutan. Perkara yang menarik tentang My Thai adalah kesungguhan pihak mereka merancang untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih patuh syariah.

Di My Thai Premier di Cititel Mid Valley, pelanggan boleh memilih perkhidmatan dan konsep bilik yang diingini semasa mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Ada bilik privasi dan ada bilik yang boleh menempatkan dua kerusi katil bagi pelanggan yang ingin ber duet ketika mendapatkan perkhidmatan. Bagi bilik duo ini, set televisyen juga disediakan bagi pelanggan yang menonton siaran yang diingini ketika mendapatkan perkhidmatan rawatan kesihatan..

Encik Jaime Terauds merupakan Pengarah Pembangunan Perniagaannya, yakin syarikatnya akan berkembang dengan menambah lagi cawangan dan mampu mencapai sasaran jualan. Sehingga kini syarkat ini telah mempunyai a 30 cawangan di Malaysia. Rancangan syarikat untuk membuka 40 cawangan tempoh 18 hingga 24 bulan di Malaysia. Strategi syarikat yang jelas dan mencipta platform yang menarik untuk pelanggan sentiasa berkunjung ke oulet mereka. Selain itu, kesedaran kesihatan dan keinginan kelihatan sentiasa cantik telah menjadi tren dan permintaan kian  meningkat dalam industri kecantikan estetika dan kesihatan.

Bersempena pembukaan outlet baru, mereka menawarakan promosi percubaan bagi yang pertama kali mendapatkan perkhidmatan mereka: –

MY Thai Signature Foot Relaxing Therapy – RM38 for 90minit
Aroma Oil Infused Relaxing Therapy – RM48 for 90minit
Signature Sawasdee Thai Relaxing Therapy – RM58 for 90minit

Bagi pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan kesihatan bolehlah berkunjung outlet seperti berikut :-

-MY Thai diOUG, Jalan Klang Lama di No.49, Tingkat, Jalan Mega Mendung Batu 5, Off Jalan Klang Lama.

-MY Thai di Tengkat Tung Shin (Hotel Rae) di 46 Tengkat Tung Shin, Bukit Bintang
-MY Thai Express di Tingkat 1 The Mines Old Wing
-MY Thai Express di Sunway Velocity, Cheras

Tempahan pakej rawatan kesihatan dan kecantikan bolehlah dibuat di:-www.mythai.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *