Mitra lancar platform B2B, eSwift

Mitra lancar platform B2B, eSwift

KUALA LUMPUR – Seiring dengan perkembangan teknologi, Mitra Malaysia Sdn Bhd (Mitra Tours and Travel) telah melancarkan platform perniagaan kepada perniagaan (B2B) di atas talian menerusi eSwift.

Presiden Kumpulannya, Tunku Datuk Seri Dr Iskandar Tunku Abdullah berkata, rakan kongsi dan ejen pelancongan yang berdaftar dengan pihaknya boleh menggunakan perkhidmatan terbabit untuk mengatur perjalanan dari pelbagai destinasi di dunia pada bila-bila masa menggunakan mana-mana peranti.

Menurutnya, eSwift telah menyediakan perkhidmatan selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu sejak diperkenalkan pada Ogos tahun 2019.

Kemudahan itu memberi keputusan segera terhadap sebarang pertanyaan perjalanan dan perbandingan mengenai produk yang berbeza di hujung jari mereka.

Presiden Kumpulan Mitra, Tunku Datuk Seri Iskandar Abdullah pada Majlis Pelancaran Eswift dan Pembentangan VISA Citibank di Hotel Istana hari ini. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Presiden Kumpulan Mitra, Tunku Datuk Seri Iskandar Abdullah pada Majlis Pelancaran Eswift dan Pembentangan VISA Citibank di Hotel Istana hari ini. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

“Jadi dengan perkhidmatan eSwift, ia mampu menjimatkan masa menunggu, kesukaran dan kerumitan untuk mendapatkan sebut harga bagi satu-satu perjalanan sekali gus meningkatkan keseluruhan proses perniagaan.

“Sehingga kini sebanyak 180 ejen pelancongan termasuk dari Brunei telah menggunakan platform eSwift dan kami sasarkan perkhidmatan ini dapat digunakan secara menyeluruh oleh semua ejen pelancongan menjelang suku pertama tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan perkhidmatan eSwift sempena sambutan ulang tahun ke-50 Mitra di Istana Hotel di sini semalam.

Tunku Iskandar juga yakin eSwift mampu memberikan perkhidmatan perjalanan terbaik kepada pelanggannya dengan menggunakan teknologi terkini di rantau ini.

Katanya, Mitra akan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan, rakan kongsi dan juga ejen pelancongan mereka.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *