MITEC terima empat anugerah di HAPA Awards

MITEC terima empat anugerah di HAPA Awards

(Dari kiri) Mala Dorasamy bersama Chef Chiew.

(Dari kiri) Mala Dorasamy bersama Chef Chiew.

PUSAT Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) menerima empat anugerah destinasi pelancongan terbaik Malaysia di bawah kategori MICE antaranya, Anugerah Ketahanan HAPA 2023, Personaliti Hospitaliti dan Pelancongan Terbaik Malaysia untuk Kepimpinan Impak Positif serta 30 Chef Terbaik HAPA untuk Master of Banquet Chef of the Year di HAPA Awards Malaysia Siri 2023-2024.

Ketua Pegawai Eksekutif, Mala Dorasamy berkata, pengiktirafan itu mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pilihan bagi perancang antarabangsa menganjurkan acara global utama mereka di MITEC.

“Ini satu penghormatan apabila memenangi bukan sahaja satu tetapi kesemua empat anugerah yang dicalonkan di HAPA Awards Malaysia.

“Kami lebih bermotivasi untuk terus menjadi pendorong infrastruktur penting bandar supaya dapat menyumbang kepada kesan ekonomi Kuala Lumpur dan Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah PGSB Sdn Bhd, Tan Sri Abdul Rahman Mamat berkata, MITEC mampu mengatasi cabaran dalam memupuk bakat dan kecekapan di kalangan pekerja.

Mala Dorasamy sewaktu menerima anugerah di HAPA Awards Malaysia Siri 2023-2024.

Mala Dorasamy sewaktu menerima anugerah di HAPA Awards Malaysia Siri 2023-2024.

“Ketangkasan MITEC untuk mengatasi cabaran dan paling penting komitmen serta semangat pekerja adalah tunjang kepada mereka untuk menjadi tempat teratas di Malaysia.

“Anugerah ini adalah bukti dedikasi, semangat dan komitmen mereka kepada pusat itu. Perkhidmatan luar biasa dan kemahiran masakan pasukan juga telah memperoleh beberapa anugerah lain,” jelasnya.

Anugerah HAPA yang dikenali sebagai ‘Oscar’s in Hospitality’ juga telah menganugerahkan MITEC Anugerah Ketahanan untuk mengatasi cabaran pandemik pada tahun 2020 dan 2021.

Dalam pada itu, Mala Dorasamy berkata, keutamaan untuk menyampaikan perkhidmatan luar biasa bertaraf dunia kepada pelanggan, pelawat dan negara merupakan dedikasi yang tidak berbelah bahagi.

“Kejayaan kami dibina atas komitmen pekerja kami dan saya bangga dapat memimpin pasukan yang bersemangat dan bekerja keras,” katanya.

Sumber