MILO MERAIKAN 70 TAHUN KEBAIKAN DI MALAYSIA

MILO MERAIKAN 70 TAHUN KEBAIKAN DI MALAYSIA

Subang Jaya- Milo ialah minuman coklat malt ikonik yang telah menambat hati rakyat Malaysia sejak tahun 1950. Pada tahun ini, Milo meraikan ulang tahun ke-70 di Malaysia sempena musim Hari Merdeka dan Hari Malaysia.

Milo yang diperbuat daripada barli malt, susu dan koko serta padat dengan vitamin dan mineral penting sentiasa menjadi keperluan seisi rumah dan juga pelengkap sarapan Malaysia setiap hari.

Sebagai peneraju pembangun sukan, Milo sentiasa memimpin usaha memupuk dan mencungkil bakat juara sukan bertaraf dunia untuk Malaysia bermula di peringkat angkar umbi menerusi pelbagaui program sukan yang telah dianjurkan di samping membudayakan gaya hidup aktif untuk semua melalui gerakan Milo Aktif Negaraku.

Mengimbas perjalanan Milo selama 70 tahun ini, Milo menghulurkan kebaikan khasiat dan nilai-nilai murni yang dipupuk melalui sukan yang telah memacu pembangunan rakyat dan negara selama 70 tahun. Sehubungan itu, pelbagai acara dan aktiviti menarik untuk memeriahkan sambutan menanti rakyat Malaysia.

Sambutan Milo 70 tahun di Malaysia telah bermula pada bulan Julai dengan Peraduan Milo 70 Tahun Kebaikan Dalam 70 Hari yang akan berakhir pada 27 September. Peraduan ini menawarkan peluang kepada lebih 900 peserta bertuah untuk memenangi hadiah bernilai lebih RM550,000.

Bagi merancakkan fasa sambutan seterusnya, dari sekarang hingga 4 Oktober, Konvoi Kebaikan Milo, iaitu jelajah konvoi van Milo vintaj dari 1950-an hingga reka bentuk terkini. Perjalan dimulakan di seluruh negara bagi meneruskan kebaikan dan berkongsi keceriaan dengan Milo dari van Milo yang telah menyegarkan dan bertenaga untuk semua secara percuma.

Jelajah konvoi ini kini sedang membuat persinggahan sementara di Pekan Milo iaitu di jerayawara yang menemui pengguna di Sunway Pyramid yang dilancarkan hari ini. Dengan reka bentuk yang menyerupai sebuah pekan kecil Malaysia, Pekan Milo menyatukan semua kebaikan Milo masa lalui, masa kini dan masa hadapan. Pengalaman seumur hidup untuk menggamit kenangan perjalanan 70 tahun Milo di samping meneroka sekilas gambaran masa hadapan jenama itu menanti para pengunjung. Pekan Milo di Sunway Pyramid dibuka sehingga 6 September.

“Seiring dengan Nestle, Milo telah membangun bersama Malaysia serta menyumbang kepada pertumbuhan negara sehingga menjadi sebati dengan cara hidup masyarakat. Kami berbangga dengan warisan ini yang bukan sahaja membuktikan kebaikan khasiat Milo, malahan nilai-nilai murni yang dipupuk melalui sukan seperti kecekalan, kegigihan, keberanian dan semangat takkan gentar. Tahun ini sangat mencabar bagi kita semua, namun nilai-nilai ini telah mendorong kita untuk melangkah lebih jauh,” ulas Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestle (Malaysia) Berhad.

Sementara itu, Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan Milo, Nestle (Malaysia) Berhad pula berkata,”Milo telah menjalinkan ikatan yang cukup istimewa dengan Malaysia menerusi kebaikan yang dihulurkan. Baik susah mahupun senang, kami telah sentiaasa berada di sisi rakyat dengan membekalkan kebaikan tenaga berkhasiat serta inspirasi untuk melangkah lebih jauh. Kami amat menghargai kepercayaan serta perasaan cinta terhadap jenama Milo yang dicurahkan oleh rakyat Malaysia selama ini. Dengan Milo di sisi, kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk menghulurkan kebaikan bersama kami.”

Milo juga mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk berkongsi cerita atau kenangan indah mereka bersama Milo menerusi cerita Milo saya di HITZ, ERA, dan MY FM. Penyertaan yang paling kreatif berpeluang memenangi tin Milo vintaj edisi terhad.

Layari www.milo.com.my untuk mengetahui rentetan kisah menarik yang telah membentuk sejarah serta kebaikan Milo selama 70 tahun. Di samping itu, kongsi pengalaman Milo 70 tahun di Malaysia anda di media sosial dengan #MILO70Tahun.