MILO®️ Melangkah Lebih Jauh dengan MILO®️ Activ-Go Plus Fibre Baharu

MILO®️ Melangkah Lebih Jauh dengan MILO®️ Activ-Go Plus Fibre Baharu

Varian serbuk terbaharu MILO®️ menawarkan lebih kebaikan untuk seisi keluarga, termasuk 2.5 kali serat dan 50% kurang gula tambahan – semuanya dengan kehebatan rasa MILO®️ yang digemari ramai.

Kuala Lumpur- Kebaikan MILO®️ kini melangkah lebih jauh dengan keluaran baharu MILO®️ Activ-Go Plus Fibre. Kini Varian serbuk MILO®️ terbaharu ini mengembangkan lagi rangkaian produk MILO®️ dengan tawaran yang lebih kebaikan, khasiat dan tenaga dan bukan sahaja selama ini telah menjadi pelengkap sarapan pagi rakyat Malaysia ,malahan memupuk juara dari generasi ke generasi anak muda.

MILO®️ Activ-Go Plus Fibre mengandungi 2.5 kali serat berbanding serbuk MILO®️ Activ-Go yang biasa. Serat merupakan komponen penting dalam pemakanan yang seimbang untuk memelihara kesihatan pencernaan. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 baru-baru ini mendapati 9 daripada 10 rakyat Malaysia tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran – iaitu sumber serat yang penting – dengan mencukupi. MILO®️ Activ-Go Plus Fibre dirumuskan dengan kandungan serat yang tinggi untuk membantu menangani masalah ini. Satu hidangan (30g) MILO®️ Activ-Go Plus Fibre memenuhi 12% pengambilan serat makanan harian yang disyorkan .

Seperti serbuk MILO®️ Activ-Go yang biasa, varian baharu ini mengekalkan kebaikan MILO®️ yang dibuat daripada malt barli, susu dan koko, lengkap dengan kehebatan rasa MILO®️ yang digemari ramai. Tambahan pula, ia mengandungi hanya kira-kira setengah sudu kecil (2.9g) gula tambahan (sukrosa) dalam setiap hidangan (30g).

MILO®️ Activ-Go Plus Fibre juga memenuhi kriteria Logo Pilihan Lebih Sihat yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini bermakna kandungan gula dan lemak adalah lebih rendah, manakala kandungan serat pula adalah lebih tinggi berbanding produk lain dalam kategori minuman malt serbuk yang sama tanpa Logo Pilihan Lebih Sihat.

“Kami kekal komited terhadap matlamat jenama kami untuk memacu inovasi produk dengan menawarkan pilihan berkhasiat yang menepati pelbagai keperluan dan cita rasa pengguna. Dengan adanya lebih kebaikan dalam MILO®️ Activ-Go Plus Fiber, kami ingin berkongsi manfaat kelebihan tenaga dan khasiat kepada seisi keluarga di Malaysia dengan menyokong pengambilan serat harian mereka. Dengan cara ini, kami berharap untuk meneruskan kebaikan MILO®️ demi memupuk generasi juara masa hadapan,” kata Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Unit Perniagaan MILO®️, Nestlé (Malaysia) Berhad.

“Pelancaran MILO®️ Activ-Go Plus Fiber melambangkan satu lagi pencapaian yang amat bermakna bagi kami sempena sambutan ulang tahun ke-70 MILO®️ di Malaysia,” tambah beliau.

Seperti produk-produk berkhasiat MILO®️ yang lain, MILO®️ Activ-Go Plus Fibre merupakan pelengkap kepada pemakanan yang seimbang dan sihat. Kelebihan MILO®️ Activ-Go Plus Fiber menjadikannya padanan sarapan yang sempurna bagi seisi keluarga. Gabungan unik vitamin dan mineral penting membantu membebaskan tenaga daripada makanan.

Mudah sahaja untuk menikmati secawan MILO®️ Activ-Go Plus Fibre yang lazat. Hanya tambahkan 6 sudu kecil (30g) serbuk MILO®️ Activ-Go Plus Fibre ke dalam 200ml air panas.

MILO®️ Activ-Go Plus Fiber kini boleh didapati di kedai-kedai berhampiran atau dalam talian melalui laman e-dagang pilihan anda. Untuk mengetahui kebaikan tambahan MILO®️ Activ-Go Plus Fiber dengan lebih lanjut, layari https://www.milo.com.my/bm/milo-activ-go-plus-fibre.

Tentang MILO®️
MILO®️, minuman berkhasiat malt coklat yang terkemuka di Malaysia telah diperkenalkan pada tahun 1950 dan dikenali dengan rasa unik yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Dipenuhi dengan kebaikan semula jadi malt barli, susu dan koko, dan diperkaya dengan ACTIV-GO®️; campuran unik vitamin dan mineral, MILO®️ merupakan minuman yang paling popular di Malaysia dan telah melahirkan generasi juara sejak dari dulu lagi.

Tentang Nestlé Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Dengan ibu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 negara di seluruh dunia dan semua pekerja kami seramai 328,000 orang komited dalam membantu mencapai tujuan Nestlé untuk meningkatkan kualiti hidup dan mencapai masa depan yang lebih sihat. Matlamat kami didorong oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Sejak tahun 1912, Nestlé telah dipercayai oleh pengguna kami menerusi jenama-jenama dan produk-produk kami yang berkualiti. Kami komited dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat di mana saja kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan integriti Halal. Ini selaras dengan janji kami dalam memberikan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami telah membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan sihat selama lebih satu abad, sila layari www.nestle.com.my atau laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia.