Maya Brasserie kini ada tarikan baharu menu masakan Melayu

Maya Brasserie kini ada tarikan baharu menu masakan Melayu

KUALA LUMPUR – Maya Brasserie iaitu restoran yang terletak di tingkat satu Hotel Maya di sini, kini menawarkan menu masakan Melayu untuk makan tengahari yang boleh dinikmati secara walk in dan tempahan.

Jika sebelum ini, Maya Brasserie hanya menyediakan hidangan bufet biasa untuk penganjuran acara, mesyuarat dan sebagainya, kini pelanggan boleh menikmati set makan tengahari masakan istimewa Melayu pada harga RM69.90 sahaja.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Maya Brasserie, Noraslina Mosbah, terdapat lebih 20 menu masakan Melayu yang boleh dinikmati oleh para pelanggan dan tetamu di hotel berkenaan.

No Image Caption

“Maya Brasserie juga menyediakan menu istimewa iaitu ayam peri-peri dan ikan bakar Portugis yang dimasak dengan resipi tersendiri oleh Chef Hafizal Ishak yang berpengalaman luas dalam bidang masakan perhotelan.

“Restoran kami mengalu-alukan kehadiran para pelanggan secara walk in dan jaminan dari Maya Brasserie pastinya anda akan dapat menikmati masakan Melayu yang authentic,” katanya dalam satu kenyataan.

No Image Caption

Selain menu makan tengahari, Maya Brasserie juga turut menyediakan pelbagai dessert yang terdiri daripada pastri dan kuih muih tradisional untuk pelanggan ‘mencuci mulut’.

No Image Caption

Pastinya anda akan rambang mata dengan bermacam-macam juadah pencuci mulut dan hidangan sampingan bagi satu set bufet yang berbaloi pada harganya.

Sumber