Maxis perkasa komuniti teknologi startup tempatan

Maxis perkasa komuniti teknologi startup tempatan

SHAH ALAM – Maxis telah mengumumkan usahanya membina usaha niaga sebagai sebahagian daripada strategi keseluruhannya dalam melabur dan mengembangkan syarikat startup untuk akses teknologi dan rangkaian manusia demi menggandakan ekonomi negara.

Salah satu inisiatif pembinaan usaha niaganya ialah pengambilan kepentingan besar dalam platform startup analisis pendidikan, GuruLab.

Ketua Jenama dan Pemasaran Maxis, Tai Kam Leong berkata, pelaburan korporat dan pembinaan usaha niaga adalah satu langkah ke hadapan Maxis untuk memperkasakan usahawan dan perniagaan tempatan yang ingin membawa inovasi lebih besar dalam teknologi ke pasaran.

“Kami ingin memainkan peranan penting dalam skala menghubungkan inovasi, pelabur dan pemegang saham dan kerajaan untuk mempercepatkan pendigitalan negara.

“Sebagai jenama tempatan kukuh yang komited untuk melabur di Malaysia, langkah ini sejajar dengan tujuan kami untuk membawa teknologi terbaik bagi membolehkan rakyat dan perniagaan terus ke hadapan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, GuruLab sedang membangunkan platform digital yang memperkasakan guru untuk menyediakan pelajar dengan pendidikan bahasa Inggeris.

“Dengan menggunakan kuasa analisis data pada input pelajar, seperti kerja bertulis dan lisan, GuruLab dapat memberi pandangan terperinci mengenai kekuatan dan bidang penambahbaikan setiap pelajar.

“Algortima maklum balas juga mengesyorkan bahan dan amalan pembelajaran terbaik untuk setiap pelajar, menangani kelemahan pendekatan yang digunakan oleh sekolah dan pusat tuisyen,” katanya.

Kam Leong berkata, kerjasama Maxis dan GuruLab telah bermula dengan eKelas English HIP Storyfest pada tahun ini.

Kerjasama Maxis dan GuruLab telah bermula dengan eKelas English HIP Storyfest pada
tahun ini.

Kerjasama Maxis dan GuruLab telah bermula dengan eKelas English HIP Storyfest pada
tahun ini.

“GuruLab akan membantu dalam pertandingan penulisan karangan, dengan menjalankan bengkel untuk pelajar dan menggunakan platform untuk penilaian karangan,” katanya.

Maxis telah lama aktif dalam ruang inovasi, membangunkan beberapa program inovasi dengan ekosistem startup menerusi inisiatif seperti Maxis IoT Challenge, siri SPARK, Market Access Day, dan kerjasama dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Sumber