‘MARRY ME HARI INI’, SESUAI UNTUK PASANGAN YANG MERANCANG UNTUK BERKAHWIN.

‘MARRY ME HARI INI’, SESUAI UNTUK PASANGAN YANG MERANCANG UNTUK BERKAHWIN.

Dua penyanyi tempatan yang semakin menempa nama di industri nyanyian tempatan, Aman Aziz dan Nisha Haque, berkolaborasi dalam satu lagu yang dipanggil “Marry Me Hari Ini.” Oleh itu, walaupun ini adalah kerjasama pertama kedua-dua penyanyi ini, penggemar muzik mendapati gabungan ini menarik dan unik.

Lagu yang bergenre pop yang dicipta oleh Ku Yen dan Rudy Nastia berserta lirik oleh Ku Yen, Aman Aziz dan Elly J ini dilihat bukan sahaja berjaya menonjolkan kebolehan vokal Aman Aziz dan Nisha Haque, tetapi juga menghadirkan komposisi yang istimewa dengan lirik dan melodi yang dicipta khas untuk pasangan yang dalam perancangan untuk melangsungkan perkahwinan.

Ketika ditanya mengenai kerjasama mereka, Aman Aziz berkata, “Ini adalah pengalaman yang luar biasa bekerjasama dengan Nisha. Kami berdua berkongsi matlamat yang sama untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa bagi peminat yang selama ini menyokong karier kami sejak dari dulu lagi. Terima kasih juga kepada pihak New Southern Records kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada Aman dan Nisha untuk bekerjasama.”

Nisha Haque menambah, “Lagu ini adalah dedikasi kepada pasangan yang ingin merayakan cinta mereka melalui perkahwinan. Kami berharap lagu ini dapat menjadi peneman istimewa untuk momen bahagia mereka nanti. Selain itu, kami juga mengharapkan lagu ini diterima oleh semua lapisan masyarakat dan dapat mewarnai industri muzik Malaysia lagi.”

Lagu ‘Marry Me Hari Ini’ telah dilancarkan secara rasmi pada 3 November 2023 dan kini boleh didapati di semua platform penstriman digital utama seperti Spotify, Apple Music dan Youtube Music. Muzik video juga telah dilancarkan pada 13 Disember 2023 di salauran Youtube NSR Malay.