Malaysia, India timbang guna mata wang sendiri dalam perdagangan dua hala

Malaysia, India timbang guna mata wang sendiri dalam perdagangan dua hala

Zambry bersama rakan sejawatan, Subrahmanyam Jaishankar di New Delhi. - Foto FB Zambry Abdul Kadir

Zambry bersama rakan sejawatan, Subrahmanyam Jaishankar di New Delhi. – Foto FB Zambry Abdul Kadir

MALAYSIA dan India sedang mempertimbangkan penggunaan mata wang masing-masing dalam urusan perdagangan dua hala dalam usaha memperluas kerjasama ekonomi, kata Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Perkara itu merupakan antara isu yang dibincangkan semasa Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) yang dipengerusikan beliau bersama Menteri Luar India, Subrahmanyam Jaishankar di New Delhi pada Selasa.

“Menggunakan mata wang sendiri adalah langkah ke hadapan untuk perdagangan antara kedua-dua negara.

“Malaysia memulakannya dengan Thailand dan Indonesia. Sekarang kami mencadangkannya kepada India,” kata Zambry kepada pemberita, sambil menambah India menerima idea itu.

Sumber