Konsert bertajuk “Search Symphonic Live In Kuala Lumpur” telah berlangsung dengan cemerlang pada 21 September 2024 di Konsert Mega Star Arena, Kuala Lumpur.Sebagai penganjur, Persatuan Rekreasi Global Malaysia menganggap kolaborasi pertama mereka dengan kugiran terkenal Nusantara, Search, melalui konsert ini sebagai satu kejayaan baru yang dicapai oleh mereka dan SEARCH.
“Negosiasi ini bukanlah mudah, namun sebagai pemuzik profesional yang berpengalaman, Search bersetuju dengan konsep yang dicadangkan. Ini bukan sahaja tentang orkestra, tetapi juga sokongan kepada perjuangan muzik tempatan,” kata Pengarah Program PRGM, Encik Mohd Roslan Mohd Rafi.Kugiran SEARCH melihat Search Symphony Live In Kuala Lumpur sebagai salah satu momen terbaik yang pernah dialami oleh peminat mereka.
“Walaupun lagu-lagu yang sama akan dipersembahkan, ia akan diolah semula dengan gabungan pemain orkestra, menjadikan konsert ini yang terbaik dari kami,” tambah Amy. Seramai 27 orang pemain orkestra dipimpin dengan cemerlang oleh Datuk Mokhzani Ismail sebagai konduktor, sementara Rie Tsuji bertindak sebagai pengarah dan penyusun muzik, dan Jenk Ali sebagai pemain dram.Sebagai tanda keprihatinan, penganjur dan produksi telah memutuskan bahawa setiap tiket yang dijual pada harga RM10.00 akan disumbangkan kepada Persatuan Karyawan Malaysia untuk membantu artis yang memerlukan, dengan jumlah sumbangan mencapai RM5000.Antara artis yang hadir untuk memberi sokongan termasuk Kumpulan Wings, Spider, Exists, Sixth Sense, Shery Ibrahim, Neves Pretty Ugly, dan Ella.