MAJLIS SUMBANGAN YKAT KEPADA ARTIS TANAHAIR SEMPENA PERAYAAN KRIMAS DAN TAHUN BARU CINA

15hb Jan 2019 – Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) telah menganjurkan Majlis Sumbangan kepada artis-artis Tanahair sempena perayaan Krimas dan Tahun Baru Cina.

Majlis yang diadakan di EDC Hotel, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur ini dihadiri oleh pengerusi YKAT, Datuk DJ Dave, ahli pemegang amanah YKAT dan juga seramai 15 orang artis yang menerima sumbangan.

Sumbangan yang diberikan adalah berjumlah RM 2,000 setiap seorang. Ini bermakna, pihak YKAT menyalurkan sejumlah RM 30,000 untuk majlis sumbangan pada kali ini. Antara artis yang menerima sumbangan adalah Salamiah Hassan, Chan Yoke Cheong, Lim Kong Tuck, Datin Fadhilah Mansor dan beberapa artis yang lain.

Mereka yang menerima sumbangan adalah yang telah mencapai umur 60 tahun. Sumbangan ini diharap dapat mengurangkan beban mereka yang menyambut perayaan ini di samping sebagai tanda penghargaan kerana penglibatan di dalam dunia seni tanahair.

Selain menerima sumbangan sekali seumur hidup ini, artis yang berumur 60-69 tahun diberikan keahlian Program Khairat yang berjumlah RM 100 sahaja. Progaram Khairat ini terbuka kepada penggiat seni muslim dan bukan muslim. Sehingga kini, terdapat lebih kurang 360 orang penggiat seni yang berdaftar di bawah Program Khairat ini.

Pihak YKAT turut merancang beberapa aktiviti untuk penggiat seni sepanjang tahun 2019 ini. Tujuan diadakan aktiviti adalah untuk menjaga kebajikan artis-artis tanahair. Lebih-lebih lagi mereka yang memerlukan dan kurang punca pendapatan.

Untuk butiran lanjut mengenai program YA1M boleh terus menghubungi Pengurus YKAT – Cik Salmiyah di talian 03-2276 3327

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *