MAJLIS PENYAMPAIAN GERAN PENUH DAN GERAN PADANAN DI BAWAH PROGRAM PEMBANGUNAN FRANCAIS MIKRO DAN FRANCAIS MAMPU MILIK

MAJLIS PENYAMPAIAN GERAN PENUH DAN GERAN PADANAN DI BAWAH PROGRAM PEMBANGUNAN FRANCAIS MIKRO DAN FRANCAIS MAMPU MILIK

Kementerian PerdaganganDalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selaku peneraju industri francais negara meneruskan usaha bagi merancakkan kembali pertumbuhan sektor ini yang terkesan akibat pandemik Covid-19 melalui inisiatif Program Pembangunan Francai Mikro dan Francais Mampu Milik.

Program ini merupakan salah satu program utama tahun ini dalam usaha membangunkan industri francais berskala mikro dan menarik penglibatan lebih ramai rakyat,khususnya golongan B40 dan M40 untuk menceburi bidang perniagaan francais.

KPDNHEP menjelaskan bahawa inisiatif Geran Penuh menyasarkan 8 pakej baharu francais berskala mikro dan mampu milik dapat dibangunkan pada 2021.Pembiayaan geran ini merangkumi RM20 ribu bagi kajian pasaran francais mikro dan francais mampu milik serta jumlah terkumpul tidak melebihi RM100 ribu bagi membangunkan pakej.

Manakala pemberian Geran padanan mensasarkan sekurang kurangnya 27 usahawan francaisi akan dilahirkan sehingga akhir tahun 2021.Pemberian Geran Padanan ini bertujuan untuk mengurangkan kos pemulaan perniagaan francais yang perlu ditanggung oleh bakal francaisi B40 dan M40 di mana kadar pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga nisbah 90:10 kepada francaisi yang berpotensi.

Kementerian juga yakin bahawa permintaan kepada permohonan geran ini akan terus bertambah dan komitmen ini amat ditagih oleh KPDNHEP sebagai usaha menjadikan inisiatif ini sebagai satu manifestasi serius kerajaan untuk mereliasasikan peningkatan penyertaan golongan B40 dan M40 bergiat dalam perniagaan francais.

Kementerian juga menyeru agar francaisor dapat memberikan sokongan kepada perlaksanaan inisiatif ini sebagai salah satu strategi kepada francaisor untuk mengembangkan perniagaan berkonsepkan mikro dan mampu milik serta akan merancakkan kembali pertubuhan sektor francais negara.