MAHB jual kepentingan dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Hyderabad AS$100 juta

MAHB jual kepentingan dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Hyderabad AS$100 juta

MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) dan anak syarikat milik penuhnya, MAHB (Mauritius) Private Limited, dalam proses menjual keseluruhan 11 peratus kepentingan dalam GMR Hyderabad International Airport Limited, syarikat induk yang menguruskan Lapangan Terbang Antarabangsa Hyderabad di India kepada GMR Group pada harga AS$100 juta (AS$1=RM4.78).

Kumpulan pengendali lapangan terbang itu membeli kepentingan tersebut pada harga AS$10 juta daripada GMR Group pada 2009.

“Sejak pengambilalihan itu, kumpulan MAHB telah mengekalkan kepentingan minoriti pasif dalam usaha tersebut.

“Langkah penjualan itu adalah sebahagian daripada usaha MAHB bagi memperkemas portfolio pelaburannya di luar negara dan mewujudkan nilai daripada aset bukan teras, seiring dengan strategi pertumbuhan perniagaan antarabangsa kumpulan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sumber