Lelaki malu bertemu doktor kerana gemuk

Lelaki malu bertemu doktor kerana gemuk

JANGAN fikir wanita sahaja mempunyai ragamnya kerana golongan jejaka juga ada pe’el (perangai) tersendiri yang kadangkala mencuit hati.

Buktinya, pada baru-baru ini kumpulan penyelidik daripada Universiti of Connecticut di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan sebahagian besar lelaki enggan mendapatkan rawatan di klinik apabila kurang sihat.

Mengapa?

Rata-rata lelaki yang terlibat dalam kajian berkenaan menjelaskan mereka tidak mahu bertemu doktor hanya disebabkan memiliki bentuk badan besar.

Dalam pada itu, Jurnal Obesiti juga melaporkan bahawa lelaki mudah berasa kurang keyakinan diri apabila berdepan masalah kegemukan.

Ia disebabkan mereka tidak mendapat sokongan moral daripada individu sekeliling berbanding wanita yang sentiasa dibimbing untuk menjalani proses menurunkan berat badan.

Pelik, tetapi itulah hakikatnya. Stigma berat badan berlebihan menyebabkan kaum Adam rendah diri dan malu untuk mendapatkan rawatan di klinik, apatah lagi bertemu doktor.

Sumber: KYW Newsradio



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *