LEBIH 20 LAGU YANG DIPERTONTONKAN DI KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR – PENANG CHAPTER FEBRUARI NANTI!

LEBIH 20 LAGU YANG DIPERTONTONKAN DI KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR – PENANG CHAPTER FEBRUARI NANTI!

Baru-baru ini, Wings, sebuah kumpulan rock legenda, menggerakkan sayap mereka ke Pulau Pinang sebagai destinasi untuk Konsert The Rock Emperor selepas berjaya mengunjungi KOTA Singa dan Bandaraya Shah Alam.

Kali ini Dato; Awie (vokal), Eddie (bass), Black (drum), Sham (gitar), dan Edrie (gitar) akan menggegarkan SPICE Arena Penang menerusi Konsert Wings The Rock Emperor – Penang Chapter yang akan berlangsung pada jam 9 malam, 24 Februari nanti.

Mengimbas kembali, Konsert The Rock Emperor mula membuka tirai di pentas The Star Theatre Singapura, pada 29 Julai 2023 yang mendapat sambutan hebat daripada penonton.

Ia seterusnya dikembangkan dengan Konsert Wings The Rock Emperor – Kuala Lumpur Chapter di Stadium Melawati pada 16 Disember lalu yang mencatat sejarah tersendiri dengan kehadiran lebih 9,000 peminat tegar mereka.

Penonton yang hadir rata-rata memuji kehebatan kumpulan yang sudah bertapak hampir empat dekad dalam industri muzik tanah air dan sukar dicari ganti ini.

Ramai juga yang masih belum ‘move on’ dari keterujaan menyaksikan kehebatan vokal Dato’ Awie yang masih hebat menyanyikan lagu-lagu popular Wings menerusi konsert mega lebih tiga jam itu.

Usia yang menjangkau 55 tahun bukanlah halangan buat Dato’ Awie mempamerkan kemantapan vokal dan showmanship diatas pentas yang lagaknya bagaikan di usia 20-an.

Malah anggota lain juga yang melewati usia 50-an tetap mantap dengan permainan instrumen masing-masing sekaligus melengkapi persembahan kumpulan yang dilihat mempunyai semangat ‘brotherhood’ yang sangat kuat.

Persembahan berkonsepkan teaterikal dengan tema ala ‘viking’ ditampilkan mereka, benar-benar memukau semua yang hadir di Shah Alam.

Mereka terhibur dengan lebih 20 laguĀ  yang dipertontonkan antaranya Adoney Dari Paran , Jumpa Hilang, Lubuk Pusing, Cinta Seusia Kita, Komplikasi Pramaya dan Jerangkap Samar.

Tidak ketinggalan lagu Bernafas Dalam Lumpur, Gemuruh, Ingatkan Dia, Nur Nilam Sari, Sekeping Kertas Bermaruah, Rock N Roll Lu Punya Suka, Awang Trasher, Dalam Kehadiran Sofiah, medley Intanku Kesepian, Belenggu Irama, Anugerah, Misteri Mimpi Syakilla dan banyak lagi.

Bercerita mengenai Konsert Wings The Rock Emperor – Penang Chapter, Dato’ Awie berkata, mereka akan mengetengahkan satu konsep baharu iaitu Tonton, Gores & Menang kepada penonton.

“Untuk setiap tiket, kita akan buat satu Gores dan dalam Gores itu ada hadiah-hadiah tertentu yang akan dimenangi oleh penonton bertuah.

“Terdapat lebih 700 barangan akan diberikan kepada pembeli tiket Konsert Rock Emperor. Ia merangkumi semua pembeli dari tiket berharga RM95 sehingga lebih RM300.

“Barangan untuk dimenangi itu termasuk prelove barangan Wings terpakai yang akan kita hadiahkan kepada pemenang-pemenang,” katanya

Walaupun keseluruhan peminat berpuashati dengan apa yang ditampilkan dalam dua konsert terdahulu, Dato’ Awie tetap akan melakukan perubahan dalam persembahan.

“Insya-Allah kita akan cuba perbaiki apa sahaja kelemahan-kelemahan yang ada sebelum ini. Wings akan buat lagi bagus.

“Dah tentu konsert ini tidak akan sama seperti yang berlaku di Shah Alam. Kita akan ubah sikit repertoire dan juga persembahan serta akan jadikan intronya lebih menarik di Pulau Pinang.

“Lokasinya tidak terlalu besar sangat. Untuk itu, kami akan sesuaikan persembahan dengan tempat itu,” katanya.

Sementara itu Hot FM dan KOOL 101 dipilih sebagai Radio Rasmi Konsert Wings The Rock Emperor Penang Chapter, manakala Xtra pula dipilih sebagai Rakan Media Digital Rasmi.

Tiket untuk menonton boleh didapati di https://wings.ubertickets.asia.

Harga-harga yang ditetapkan ialah
FREE SEATING / STANDING RM 95 – CAT 1 > Free Seating RM115 – Rock Zone > Free Standing RM158
– Rock Silver > Free Seating RM188 – Rock Gold > Free Seating NUMBERED SEAT RM258 – VIP RM315
– Rock Emperor Jumpa disana! #Wings #TheRockEmperor #PenangChapter #RumahProduksiMerah #Sayap2Wings #Konsert #KonsertWings