KURMA berteknologi AR

KURMA berteknologi AR

SHAH ALAM – Teknologi ‘Realiti Terimbuh’ (AR) bukanlah teknologi baharu. Teknologi ini telah diaplikasikan seawal tahun 1990 cumanya penggunaannya tidak diperluaskan secara besar-besaran.

Menyedari kemampuan teknologi itu dan potensinya memperkasakan produk tempatan, pengedar kurma antarabangsa, The Saheeh Company telah mengaplikasikan teknologi AR pada setiap kotak produk terbaru mereka, KURMA.

Dengan menggunakan teknologi AR, KURMA dikategorikan satu-satunya jenama di dunia ini yang mengguna pakai AR dalam industri kurma. Pihaknya percayai teknologi ini akan memberi pengalaman yang menakjubkan dan sesuatu yang baharu kepada para pelanggan.

Antara fungsi AR yang menakjubkan pada produk ini adalah kandungan atau mesej boleh diubah suai sepenuhnya. Ini membolehkan The Saheeh Company mempaparkan apa sahaja maklumat kepada pelanggan.

Pengarah Produk Hariz Abdul Hadi berkata, untuk memberi manfaat yang berterusan kepada pelanggan The Saheeh Company, setiap minggu maklumat dan paparan video akan bertukar-tukar.

HARIZ

HARIZ

“Setiap paparan video dilihat mampu memberi manfaat dan ini akan menambah baik pengalaman pelanggan di bulan Ramadhan. Contohnya, seminggu akan ada tazkirah pendek daripada Sheikh Hussein Yee dari Pertubuhan Al-Khaadem tentang adab berpuasa. Minggu yang lain pula mungkin ingatan ringkas Ustaz Adli Saad tentang kebaikan solat terawih.

“Animasi akan terpapar pada telefon pintar bila pelanggan mengimbas kod QR yang terdapat pada kotak KURMA dan untuk membuka kunci teknologi AR, ia sangat menakjubkan. Animasi interaktif sengaja direka khas ibarat pelanggan berada di kebun kurma di Madinah Munawwarah,” katanya.

Jelas Hariz, tujuan animasi AR membawa pelanggan ke kebun adalah memberi peringatan mengenai kedatangan bulan Ramadan atau membuat mesej peribadi kepada yang tersayang, ini semua dapat direalisasikan dengan teknologi AR.

“Apabila kita membeli dan mengirimkan kurma Madinah kepada seseorang, ia akan mengingatkan pembeli kepada penerima tentang hampirnya bulan Ramadan yang penuh berkat kepada orang tersayang,” katanya.

Ini barisan produk KURMA yang diisi khas dalam kotak serbaguna.

Ini barisan produk KURMA yang diisi khas dalam kotak serbaguna.

Untuk melayari teknologi AR, peranti perlu dijarakkan sekurang-kurangnya 30 cm daripada produk yang diimbas tersebut. Setelah animasi AR dan kandungan video itu muncul, pelanggan boleh menggerakkan peranti mereka dari pelbagai arah di sekeliling video tersebut.

“Kami yakin bahawa ciri AR produk ini pasti mendapat sambutan golongan pengguna milinial.

“Maklumat lanjut mengenai produk dan syarikat boleh layari laman web shop.thesaheeh.co,” katanya.

Sumber