KTMB Edar 1,000 Pek Hari Raya Kepada Keluarga Malaysia

KTMB Edar 1,000 Pek Hari Raya Kepada Keluarga Malaysia

Sebuah tradisi tahunan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) iaitu dengan mengedarkan 1,000 pek hari raya  telah berlangsung pada 29 April 2022 di Stesen KL Sentral yang melibatkan para penumpang pada hari tersebut selepas pandemik COVID-19.  Menariknya, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong dengan diiringi Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Samsudin telah menyempurnakan program tersebut.

Para pengguna yang sentiasa menjadikan perkhidmatan KTMB sebagai pilihan pengangkutan mereka dihargai dengan pemberian pek ini.  Para penumpang perkhidmatan elektrik (ETS) telah menerima 500 pek sumbangan manakala 500 lagi kepada penumpang perkhidmatan KTM Komuter yang pulang ke kampung halaman.

Tambahan pula, majlis berbuka puasa bersama pemegang taruh di samping menyantuni anak-anak yatim daripada Pusar Jagaan Suci Rohani, Petaling Jaya serta rakan-rakan media turut dianjurkan oleh KTMB.

“Kami amat berbesar hati untuk memberikan sumbangan duit raya dan vitamin SuperOla Immu B+ supaya anak-anak ini sentiasa kekal sihat dan cerdas.  Majlis ini juga kami adakan bagi menghargai sokongan rakan-rakan media yang sentiasa menyokong dan mempromosi perkhidmatan KTMB di samping merapatkan silaturahim antaara satu sama lain” ujar Mohd Rani Hisham Samsudin selaku Ketua Kumpulan KTMB.

Tidak ketinggalan juga, tren khas Keluarga Malaysia yang dikenali sebagai Ekspres Khas Keluarga Malaysia yang akan membuat perjalanannya pada hari ini turut diperkenalkan oleh KTMB bersempena sambutan hari raya pada tahun ini.  Perkhidmatan khas ini menawarkan sebanyak 1,392 tiket dan akan beroperasi bagi laluan Pantai Timur yang bermula dari Stesen KL Sentral ke Stesen Tumpat dan sebaliknya.

“Beberapa hari selepas dilancarkan, tiket bagi laluan Kuala menuju ke Tumpat telah habis dijual.  Oleh yang demikian, kita telah menambah lagi tiga (3) koc superior yang mampu menumpatkan seramai 180 orang penumpang bagi satu-satu masa” menurutnya.

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong berkata “Terima kasih KTMB kerana menjayakan inisiatif tren khas ini sebagai akternatif yang memberi peluang kepada rakyat pantai timur untuk menaiki kereta api dan pulang ke kampung.  Diharap perkhidmatan tren khas ini akan diteruskan setiap kali musim perayaan dalam usaha kerajaan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam seta mengelakkan kesesakkan di jalan raya”.

Selain itu, perkhidmatan ETS bagi laluan KL Sentral menuju Padang Besar turut ditambah sebanyak dua (2) jumlah oleh KTMB bagi tarih 29 April hingga 02 Mei dan 06 Mei hingga 8 Mei serta-merta menjadikan ia 34 perkhidmatan dalam sehari.

KTMB akan memastikan semua penumpangnya mematuhi SOP yang ditetapkan untuk kesejahteraan bersama walaupun negara telah beralih ke fasa endemik.  KTMB juga menasihatkan bahawa setiap penumpang disarankan membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau menerusi laman sesawang KTMB dan hadir ke stesen satu (1) jam lebih awal bagi meudahkan urusan pelepasan.