Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 berlangsung hari ini

Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 berlangsung hari ini

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin menjadi lokasi pilihan bagi penganjuran Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin menjadi lokasi pilihan bagi penganjuran Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0.

PUTRAJAYA – Selepas bersiaran sebanyak 838 episod, program My #QuranTime sampai ke kemuncaknya hari ini (Sabtu) dengan penganjuran Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini menjadi lokasi pilihan bagi penganjuran program julung kali diadakan itu.

Program membabitkan acara khatam tersebut mengangkat tema ‘Kerinduan dan Kenangan Terindah bersama al-Quran’ serta merupakan kesinambungan Malaysia #QuranTime yang mula diperkenalkan pada 20 Mac 2020 di platform TV AlHijrah.

Menariknya, program yang diasaskan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan TV AlHijrah tersebut mula diperkenal ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih dua tahun lalu susulan wabak Covid-19 bagi memberi pengisian rohani kepada rakyat Malaysia yang ketika itu terkurung.

Peserta Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 mula memenuhi ruang Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini, pada Sabtu.

Peserta Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 mula memenuhi ruang Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini, pada Sabtu.

Antara pengisian lain dalam majlis khatam itu adalah bacaan sinopsis 114 surah dalam Al-Quran, berselawat dan mendengar tadabbur secara beramai-ramai antaranya surah Al-Asr dan Al-Nas.

Difahamkan seramai 5,037 peserta telah mengesahkan kehadiran dengan 53 bas dijangka membawa rombongan daripada seluruh Semenanjung Malaysia.

Program ini juga turut dimeriahkan dengan pembukaan reruai daripada Karya Bestari, Rumah Ngaji dan Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd (ASISB).

Dijangka empat pentadabbur dan 16 qari akan terlibat dalam program ini antaranya Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, Ahmad Tirmizi Ali, Husaini Mahmur, Syeikh Abdulkarim Maaseng dan Dr Anuar Hasin.

Program ini turut disiarkan secara langsung di TV AlHijrah pada jam 12 hingga 1 tengah hari.

Sumber