Konsert Repvblik & Friends 2019 Di Malaysia

Konsert Repvblik & Friends 2019 Di Malaysia

Atas usaha syarikat A Loud Nation Entertainment Sdn Bhd telah membawa syarikat  Repvblik menghadiri Sesi Sidang Media Repvblik & Friends bersempena konsert mereka yang bakal berlangsung tahun ini. Sidang media ini telah dihadiri oleh Ruri (vokalis), Hexa (gitar rhythm), Lavy (bass), Tyar (keyboard), Randy (pemain dram), dan Ei (gitar lead) cukup terkenal dengan lagu Sandiwara Cinta, Selimut Tetangga, Aku Takut dan banyak lagi.

https://youtu.be/IHbCaz3ohXk

Empat pemuzik dan penyanyi istimewa iaitu Andmesh, Floor 88 dan Jaz Hayat akan menemui peminat dan akan mempersembahkan lagu-lagu popular mereka. Penyanyi Bernama Andmesh seperti tidak cukup dikenali namun apabila mendengar lagu popular iaitu Cinta Luar Biasa, pastinya tidak asing halwa telinga peminat di Malaysia.
 

Sebuah band yang hebat di Malaysia iaitu Floor 88 menjadi Artis undangan persembahan bersama Repvblik yang akan menggegarkan pentas KL Live. Selepas persembahan di Kuala Lumpur nanti, Repvblik & Friends akan Selatan tanah air, iaitu Johor Bahru pada 20 Disember 2019. Konsert di Johor Bahru pula akan diadakan di Persada, Johor. Sudah pastinya peminat dari Singapura boleh mengambil peluang ini untuk menyaksikan persembahan mereka.

“Konsep Repvblik & Friends dengan menggabungkan Repvblik bersama Andmesh, Floor 88 dan Jaz Hayat adalah sebuah bonus yang sengaja kami berikan kepada penggemar yang hadir kelak kerana pada harga yang sangat mampu, penggemar boleh menikmati 3 pemuzik di satu satu lokasi konsert berlangsung,” kata Pengarah Urusan A Loud Nation.

Harga tiket konsert Repvblik & Friends di KL Live, Kuala Lumpur dan Persada, Johor Bahru dijual pada harga RM188 pada 1 November 2019. Jika peminat membuat pembelian early bird akan dapat special price RM148 bermula pada 25 Oktober 2019.

Pembelian boleh dilakukan di www.myticket.asia atau sebarang pertanyaan boleh hubungi +6038605 0195.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *