Konsert M.Nasir Satu Hari Di Hari Raya Pada 27 Mei

Konsert M.Nasir Satu Hari Di Hari Raya Pada 27 Mei

Satu Hari di Hari Raya merupakan salah satu lagu yang sering dimainkan saban tahun pada bulan Ramadhan. Satu Hari di Hari Raya merupakan lagu popular nyanyian Datuk M.Nasir.

Berita gembira untuk peminat Datuk M.Nasir, pada 27 Mei 2022 (Jumaat) jam 8 malam, akan berlangsung Konsert Satu Hari di Hari Raya bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Konsert Satu Hari Di Hari Raya Bersama Dato M.Nasir ini dianjurkan oleh Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) bersama rakan kongsi, Roman Abdi Sdn. Bhd., dan Luncai Emas Sdn. Bhd.

Penyanyi lagu Mentera Semerah Padi berkongsikan tentang konsep konsertnya, menurut beliau, beliau akan tetap menyanyikan lagu-lagu popularnya walaupun ramai beranggapan konsert itu bertemakan hari raya.

Tambah beliau lagi, “Walaupun konsert ini berkonsepkan makan malam, saya tetap akan pastikan penonton terhibur. Auranya tetap sama dengan konsert yang pernah saya jayakan di lokasi lain sebelum ini,”

Sementara itu, sebagai respons kepada penglibatan IRAMA, presidennya, Ayob Abd. Majid, menyatakan konsert itu juga merupakan acara amal yang bertujuan membantu IRAMA menyantuni penggiat seni yang kurang bernasib baik.

Hubungi Ayob Abd Majid (019 3682548), Sham Amir Hussain (011 55026994), atau Salimey untuk maklumat pembelian tiket (016 6720370).