Koleksi edisi terhad siri animasi SPYxFAMILY ditawarkan di Guardian

Koleksi edisi terhad siri animasi SPYxFAMILY ditawarkan di Guardian

Peserta yang mengambil bahagian memakai kostum pada SPYxFAIMLY Best Cosplay Contest yang diadakan di Kuala Lumpur, baru- baru ini.

Peserta yang mengambil bahagian memakai kostum pada SPYxFAIMLY Best Cosplay Contest yang diadakan di Kuala Lumpur, baru- baru ini.

KOLEKSI edisi terhad barangan siri manga dan televisyen popular Jepun, SPYxFAMILY kini boleh didapati di semua stor Guardian dan di dalam talian seluruh negara.

Pengarah Pemasaran, Guardian Malaysia, Anna Ng berkata, pihaknya menawarkan empat set barangan koleksi yang dihasilkan berdasarkan karakter utama iaitu Lord Forger, Yor Forger dan Anya Forger dalam siri animasi popular itu.

“Empat set barangan koleksi ini dihasilkan berdasarkan karakter dalam siri manga tersebut dan keempat-empatnya boleh didapati dengan harga RM99 setiap satu.

“Pelanggan boleh memiliki set barangan koleksi itu pada setiap kali mereka membelanjakan RM20 untuk jenama yang mengambil bahagian seperti Aiken, Bio Essence, Lóreal Dermo-Expertise, Eucerin, Garnier, Lóreal, Maybelline, Nivea Skin dan Sunsilk atau RM50 untuk jenama lain dalam satu resit,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber