KFC Pandu lalu pertama di Perlis dibuka

KFC Pandu lalu pertama di Perlis dibuka

KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan KFC pandu lalu pertama di Perlis yang dibuka secara rasmi di Kangar Jaya.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil berkata, KFC Pandu Lalu Kangar Jaya yang dibina menerusi kerjasama antara QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) dan pemaju Konsortium Bumita Nepta Sendirian Berhad memberikan kepelbagaian nilai komersial di Bandar Baru Kangar.

“QSR Brands juga mempunyai perancangan kukuh dalam usaha perluasan jenama KFC di seluruh negara.

“Salah satu strategi utamanya adalah memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat dengan mengembangkan rangkaian restoran pandu lalu,” katanya.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan turut dihadiri Pengerusi QSR Brands, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.

Dalam pada itu, melalui program tanggungjawab sosial korporat CSR KFC, QSR Brands turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM50,000 kepada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) bagi memperkasakan program komuniti di negeri itu.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *