keunikan Sayangku Salmah – Alvin Chong

keunikan Sayangku Salmah – Alvin Chong

Tahun 2019 menyaksikan penyanyi yang mesra disapa sebagai Alvin ini merekod sejarah peribadi, apabila dijemput untuk mewakili Malaysia dalam acara berprestij antarabangsa 2019 Asia Song Festival yang berlangsung di Korea Selatan, Alvin cukup bertuah apabila bukan saja disayangi tapi Berjaya mengumpul peminat tersendiri sekali gus menjadikan dirinya artis bukan melayu yang mampu bersaing dengan selebriti melayu sedia ada.

Dari segi lakonan, mungkin Alvin sudah cukup mampu menarik nafas lega, tapi dalam bidang nyanyian, jejaka kelahiran Pulau Pinang itu menyifatkan dia masih perlu berusaha bagi menambat hati peminat muzik tempatan. Biarpun sudah melancarkan beberapa single seperti Lagu Mu, Mencintaimu, Tajam, Tak Terganti serta beberapa lagu bahasa Inggeris sebelum ini, namun tuah belum berpihak pada dirinya.

Enggan mengalah dan berputus asa, Alvin Chong, 29, melancarkan pula single Sayangku Salmah pada 21 Ogos lalu. Lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Dedeq dan diterbitkan oleh Universal Music Malaysia itu memberi warna baru dalam kerjaya nyanyian Alvin.

Lebih menarik apabila, muzik video rasmi Sayangku Salmah yang bakal dilancarkan pada 28 Ogos ini di saluran YouTube AlvinChongVEVO turut dipersembahkan dalam bentuk travelog sebanyak tiga episod.

Ia adalah inisiatif Alvin dan pasukan dalam memaparkan lokasi menarik yang terdapat dalam MV itu yang mana bakal ditayangkan di platform ourdaily.co bermula 7 September bagi episod pertama, 14 September (episod kedua) dan 21 September (episod ketiga).

Kenapa judul Sayangku Salmah, sebab Salmah nama yang sangat sinonim dan dekat dalam komuniti kita. Malah, saya berasa setiap orang mesti ada kawan atau ahli keluarga mereka pastinya ada yang bernama Salmah. 😉