Kenaikan paras harga insentif getah beri kelegaan kepada penoreh

Kenaikan paras harga insentif getah beri kelegaan kepada penoreh

Gambar hiasan - Foto 123RF

Gambar hiasan – Foto 123RF

KENAIKAN paras harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada RM3 sekilogram (kg) yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, memberi kelegaan kepada penoreh getah terutama dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup ketika ini.

Penoreh getah dari Kampung Tanjung Piring, Nami, di sini, Mohamad Halim, 48, berkata, kenaikan itu membolehkan penoreh menambah pendapatan sekali gus meringankan beban mereka dalam menampung keperluan hidup seharian.

“Bagi saya pengumuman oleh Perdana Menteri itu satu yang menggembirakan dan kalau boleh insentif itu dinaikkan lagi pada masa akan datang mungkin ke RM4 atau RM5 sebab dalam keadaan peningkatan harga barang sekarang kenaikkan ke RM3 masih tidak cukup.

“Bagaimanapun, saya tetap ucap terima kasih kepada Perdana Menteri sebab beliau sentuh juga mengenai penoreh dan getah dalam Belanjawan kali ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sumber