KEMPEN TABUNG PAHLAWAN

KEMPEN TABUNG PAHLAWAN

Pada 31 Julai setiap tahun Malaysia menyambut Hari Pahlawan, Kempen Tabung Pahlawan merupakan salah satu program yang dijalankan bagi mengenang Pahlawan Negara yang telah berjuang dan berkorban demi bangsa dan negara.  Kempen Tabung Pahlawan bermula pada tahun 1950 yang dikendalikan oleh persatuan Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya selepas Perang Dunia Kedua.  Tujuan Kempen Tabung Pahlawan ini adalah untuk mengiktiraf jasa pahlawan negara dan mendapatkan sumbangan kepada Veteran ATM, balu dan keluarga veteran yang kurang bernasib baik.  Ia juga dilakukan supaya dapat meningkatkan semangat patriotisme di dalam diri setiap warganegara, menyokong usaha kerajaan untuk memberikan veteran ATM kemudahan dan bantuan seperti rawatan perubatan, bantuan pendidikan dan berbagai lagi. 

Sumbangan yang disampaikan melalui program kebajikan; CAKNA VETERAN adalah untuk terus membela dan menjaga kesejahteraan para Veteran ATM dan tanggungan mereka.  Pelaksanaan Kempen Tabung Pahlawan 2020 akan menggunakan platform digital akibat terkesan dengan wabak COVID-19 di Malaysia ini.  Tujuan kempen ini juga adalah untuk mendapatkan sumbangan daripada pihak kerajaan dan swasta iaitu syarikat Government-Linked Company (GLC) untuk sama sama memberikan bantuan kepada veteran yang telah berkhidmat untuk Malaysia.  JHEV ATM juga bekerjasama dengan Kumpulan Media Prima untuk menyiarkan melalui beberapa program di saluran TV3 antaranya dokumentari khas mengenai perjuangan seorang Veteran ATM di Majalah 3, akan disiarkan pada 31 Ogos 2020 bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan.  Selain itu juga, kempen ini akan membicarakan topik ini dengan menjemput hero veteran dan veteran kurang upaya di Malaysia Hari Ini, Nona dan Wanita Hari Ini. 

Barangan berunsurkan KTP akan dijual secara online melalui portal Tabung Pahlawan bagi meningkatkan kutipan sumbangan.  Pada bulan September 2020 pula, acara kutipan amal akan diadakan melalui pertandingan golf dan kayuhan basikal.

              Dalam perancangan akan dibuat jualan barangan berkaitan KTP secara online melalui portal Tabung Pahlawan, bagi meningkatkan kutipan akan diadakan Majlis Makan Malam Amal melalui acara jualan meja sumbangan, Majlis Penghargaan bagi  mengenang dan menghargai para penyumbang Kempen Tabung Pahlawan dirancang diadakan pada bulan September 2020 serta acara kutipan amal antaranya melalui pertandingan golf atau kayuhan basikal.

Pihak Kementerian Pertahanan dan JHEV ATM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyumbang yang membantu memberikan pertolongan kepada pahlawan-pahlawan negara yang telah berkorban untuk bangsa dan negara tercinta.