KEMENTERIAN PELANCONGAN MENGAMBIL INISIATIF UNTUK MEMBANTU MEMBAIKPULIH HOSPITALITI INDUSTRI PELANCONGAN

KEMENTERIAN PELANCONGAN MENGAMBIL INISIATIF UNTUK MEMBANTU MEMBAIKPULIH HOSPITALITI INDUSTRI PELANCONGAN

Kementerian pelancongan telah membuka sempadan semenjak vaksinasi di Malaysia telah mencecah 90 peratus dan menjemput ramai lagi pelancong dari luar negara dan dalam negara untuk melancong. Sehubungan itu,kementerian pelancongan berharap agar dapat memulihkan industri itu dan ekonomi seperti perhotelan dapat berjalan dengan lancar supaya permintaan semakin menaik untuk bercuti di hotel. Kolaborasi bersama Petron di kempen “Jom Jalan Jalan” berada pada masa yang tepat untuk menawarkan aktiviti percutian kepada pelanggan Petron bagi membuka peluang mereka bercuti bersam keluarga selepas MCO.

Industri ini masih berusaha untuk menaikan permintaan pelanggan yang ingin bercuti akan tetapi dengan inisiatif yang diberikan oleh menteri pelancongan bukan sahaja dapat membantu industri perhotelan tetapi industri kedai jualan makanan dan juga taman tema yang terdapat di Malaysia.

Dato’ Sri Nancy Shukri mengatakan bahawa beliau menyokong akan kolaborasi itu.Kempen itu bukan sahaja dapat membantu para pengusaha hotel dan pengusaha industri pelancongan malah dapat menyokong perniagaan di sekitar hotel itu dan akan menarik perhatian seperti cawangan F&B dan SME yang lain”

.Kata Mr.Sandeep S.Grewal,CEO tiket pas VIP.Tambahnya,”Kami di sini datang untuk menyokong untuk memulih keadaan industri pelancongan setara usaha mereka dengan membuka pelbagai cara untuk industri ini kembali pulih seperti sediakala.Kami telah berusaha sedaya upaya supaya dapat membantu rakan-rakan perniagaan yang lain untuk membangun kembali dan sehingga kini terdapat 200 hotel di Kuala Lumpur telah menerima tempahan.

Nicholas How,Pengarah jualan VIP pas berkata “Kami mengalu-alukan sponsor untuk berkalobrasi bersama rakan kongsi seperti Petron untuk menjayakan kempen ini. Petron dan VIP pass adalah rakan kongsi yang sesuai bagi jualan minyak dan menambah permintaan untuk industri pelancongan dengan membantu antara satu sama lain.

Sebagai contoh Petron mendapat pelanggan melalui orang yang mengisi minyak di stesen minyak untuk bercuti dan pelanggan dapat menginap di hotel berdekatan dengan 1 hari malam secara percuma”.

Semenjak pembukaan sempadan,pas tiket VIP sudah mencanak naik sehinggakan ramai yang mulai menempah hotel untuk bercuti semenjak pengumuman untuk pembukaan aktiviti pelancongan.Syarikat itu sehingga kini masih aktif dan mendapat lebih ramai lagi rakan kongsi untuk berkalobrasi bagi menjayakan pas VIP itu.