KEKASIH

KEKASIH

Produk kosmetik Kekasih byThe Melvins yang diusahakan oleh selebriti empat adik-beradik iaitu Syatilla, Syifa, Syida dan Syafiqa berjaya bergelar jutawan dalam tempoh setahun SAHAJA!

Memulakan perniagaan pada Mei tahun lalu dengan produk keluaran awalnya krim bedak asas, matte bibir, blusher dan terbaru Hijab Mata Kekasih iaitu Maskara(RM39.00).

Memiliki lebih 2000 stokis berdaftar di seluruh negara, dengan itu perniagaan mereka kini sudah membantu ramai wanita khususnya, suri rumah, ibu tunggal, dan pelajar.

Kata Syifa Melvin, antara salah satu faktor penubuhan perniagaan kosmetik ini adalah untuk membantu rakyat Malaysia menjana pendapatan tambahan selain menggalakkan lebih ramai orang untuk berniaga.

“Alhamdulillah satu perjalanan yang cukup manis buat kami adik-beradik. Saya beryukur atas segala limpahan rezeki dan kejayaan yang Tuhan berikan kepada kami.
“Memang sudah menjadi impian kami untuk membantu rakyat Malaysia khususnya ibu tunggal, suri rumah dan pelajar untuk menambah pendapatan bersama perniagaan kami.
“Tak sangka, apa yang kami niat selama ini dimakbulkan Tuhan dan hari ini Kekasih by The Melvins menerima maklum balas yang sangat memberangsangkan dan mencetuskan fenomena luar biasa. Kami nak ubah nasib lebih ramai lagi rakyat di Malaysia.
“Insha-Allah ada banyak lagi perancangan yang sudah kami susun. Buat masa ini kami lancarkan produk maskara yang menjadi aksesori wajib kepada kaum wanita untuk tampak lebih elegan dan bergaya, ” katanya.

Kekasih by The Melvins turut melancarkan 60 papan tanda seluruh negara dan berhasrat untuk menghiasi lebih banyak papan tanda di sepanjang jalan di lebuh raya.

Kekasih by The Melvins juga ada membuat perancangan untuk tembusi luar negara selepas mempunyai stokis di Singapura dan Australia.

Kekasih by The Melvins bertapak di Wisma Kekasih by The Melvins di Plaza Glenmarie, Shah Alam.