Kekal sihat di pejabat buat ibu bekerja

Kekal sihat di pejabat buat ibu bekerja

TIDAK dinafikan pada zaman moden ini telah mendorong sebahagian besar wanita bekerja dalam pelbagai sektor.

Selain mencari rezeki untuk pendapatan peribadi, segelintirnya pula bekerja demi membantu para suami mengukuhkan kewangan seisi keluarga.

Bagaimanapun, dek terlalu sibuk bekerja, majoriti wanita khususnya yang bergelar ibu didapati mengabaikan kesihatan sehingga lupa untuk menjamah makanan.

Bimbang situasi tersebut boleh menjejaskan kondisi golongan ibu, maka coach secara atas talian (online) menerusi Instagram @shuhada_mdrifin berkongsi empat tip ringkas untuk kekal sihat di pejabat.

Menurut beliau, tip itu dapat membantu para ibu yang sibuk dengan pelbagai tugasan kekal sihat dan bertenaga.

Empat tip berkenaan ialah:

1- Bangun, berdiri dan berjalan sebentar setiap 25 minit.

2- Bawa bekal ubi keledek yang direbus ke pejabat dan pilih protein seperti ayam atau ikan bakar sewaktu menikmati hidangan tengah hari.


3- Tidur selama 15 minit pada sesi rehat tengah hari bagi meningkatkan tenaga dan metabolisme.

4- Gigit epal hijau semasa berada di dalam kenderaan bagi mengelakkan diri membeli pisang goreng yang dijual di tepi jalan.

Selamat mencuba!

Sumber: Coach online @shuhada_mdriffin



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *