Kedah tempat ketiga senarai pelaburan negara

Kedah tempat ketiga senarai pelaburan negara

Sanusi ketika membentangkan Belanjawan 2024 di DUN Kedah pada Ahad.

Sanusi ketika membentangkan Belanjawan 2024 di DUN Kedah pada Ahad.

KEDAH kini berada di tangga ketiga teratas dalam senarai pelaburan negara selepas Kuala Lumpur dan Selangor.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Kedah berjaya mengekalkan prestasi pelaburan memberangsangkan bagi setengah tahun pertama tahun ini dengan keseluruhan pelaburan dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama (primer) berjumlah RM14.6 bilion.

Menurutnya, daripada nilai keseluruhan pelaburan tersebut, sebanyak RM11.88 bilion merupakan pelaburan asing (FDI) dan RM2.69 bilion pelaburan domestik (DDI).

“Pelaburan asing tertinggi adalah dari Jepun dengan nilai RM7.38 bilion, diikuti China RM4.16 bilion, Singapura RM149.5 juta, Hong Kong RM104 juta dan Netherlands RM61.28 juta,” katanya.

Sumber