Kawal suis rumah dengan telefon pintar sahaja

Kawal suis rumah dengan telefon pintar sahaja

Hon Lim (kanan) menunjukkan demo penggunaan Box 366 ketika sesi lawatan media di sini.

Hon Lim (kanan) menunjukkan demo penggunaan Box 366 ketika sesi lawatan media di sini.

SYARIKAT hartanah, SP Setia Berhad sekali lagi tampil dengan satu projek perumahan berkelompok mereka iaitu Setia- i- Home.

Setia- i- Home merupakan inisiatif pembangunan gaya baharu dilengkapi dengan teknologi baharu yang lebih mesra alam.

Ruang tamu rumah

Ruang tamu rumah

Antaranya termasuk sistem rumah pintar, suis hijau, kunci pintu digital, tempat caj kereta elektrik dan panel solar.

Menurut Naib Presiden Eksekutif SP Setia, Datuk Tan Hon Lim, pihaknya amat peka dalam menjadi peneraju untuk mewujudkan komuniti dengan gaya hidup lebih mampan dan sejahtera.

“Pelancaran hartanah syarikat ini pada masa akan datang akan dilengkapi dengan sistem sebegini yang membolehkan kawalan kepada banyak suis dengan hanya menerusi aplikasi mudah alih telefon pintar, memberikan pemilik rumah peluang untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga.

Pengecaj kereta elektrik.

Pengecaj kereta elektrik.

“Hartanah ini juga akan dilengkapi dengan tempat caj kereta elektrik (EV) dan pemilik rumah boleh memilih untuk memasang penghubung untuk memperoleh bekalan tenaga mereka,” katanya semasa majlis pelancaran di sini pada Rabu.

Hon Lim menambah, Setia i- Home turut mempunyai sistem pengumpulan air hujan bagi kegunaan dalam rumah seperti basuhan luar rumah dan juga siraman.

Ujar beliau, lebih menarik, pihaknya turut menampilkan ciri inovatif kotak penurunan makanan dan bungkusan tanpa kontak yang dikenali sebagai Box 366 di samping sistem udara berkualiti tinggi daripada Panasonic sejajar dengan falsafah mereka untuk meningkatkan gaya hidup penghuni.

Tinjauan dari luar rumah

Tinjauan dari luar rumah

“Kami bangga memperkenalkan inisiatif Setia i-Home yang menampilkan gabungan unik antara kelestarian dan inovasi.

“Kami berharap dapat menginspirasi negara ini dengan dedikasi kami dalam mengimplementasikan inisiatif mampan dalam pembangunan mendatang,” jelasnya.

Sumber