Kadar pelaburan direalisasikan cecah hampir 80 peratus – Tengku Zafrul

Kadar pelaburan direalisasikan cecah hampir 80 peratus – Tengku Zafrul

Tengku Zafrul - Foto: Bernama

Tengku Zafrul – Foto: Bernama

KADAR pelaburan yang berjaya direalisasikan di Malaysia bagi tempoh 2018 sehingga Jun 2023 mencecah hampir 80 peratus, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, bagi tempoh sama, jumlah pelaburan diluluskan bernilai RM753.9 bilion bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan di bawah seliaan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM593.5 bilion atau 78.7 peratus telah direalisasikan dalam tempoh tersebut. Pelaburan ini melibatkan sebanyak 9,201 projek yang akan menjana sejumlah 455,984 peluang pekerjaan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Sumber