Kadar jangka pendek kekal stabil dengan operasi BNM

Kadar jangka pendek kekal stabil dengan operasi BNM

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi BNM untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. - Gambar hiasan

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi BNM untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. – Gambar hiasan

KADAR jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM38.55 bilion manakala RM19.48 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion selama tujuh hari dan dua tender Qard, terdiri daripada tender RM800 juta untuk jangka masa tujuh hari dan tender RM300 juta bertempoh 14 hari.

Ia juga akan mengendalikan dua tender repo berbalik melibatkan tender RM1.5 bilion (31 hari) dan tender RM500 juta (92 hari).

Selain itu, BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan menawarkan sehingga RM39.6 bilion bagi tender semalaman konvensional dan RM18.4 bilion untuk tender semalaman Murabahah. – Bernama

Sumber