Kadar jangka pendek kekal stabil dengan operasi BNM

Kadar jangka pendek kekal stabil dengan operasi BNM

KADAR jangka pendek diunjur kekal stabil pada Selasa berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM43.88 bilion dan sejumlah RM25.37 bilion dalam dana Islam.

Pada Selasa, bank pusat akan menjalankan tender pasaran wang konvensional melibatkan RM1 bilion dan tender Qard RM1 bilion, kedua-duanya untuk jangka masa tujuh hari.

Ia juga akan mengendalikan dua tender repo berbalik, iaitu tender RM1.5 bilion (31 hari) dan tender RM500 juta (92 hari).

Selain itu, bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan sehingga RM44.7 bilion tender semalaman konvensional dan RM24.7 bilion tender semalaman Murabahah. – Bernama

Sumber