Jumlah dagangan Bursa Malaysia melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh setahun

Jumlah dagangan Bursa Malaysia melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh setahun

Pada 5 petang hari ini, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.01 peratus atau 14.89 mata kepada 1,477.26 daripada paras penutup 1,462.37 pada Rabu. Foto hiasan

Pada 5 petang hari ini, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.01 peratus atau 14.89 mata kepada 1,477.26 daripada paras penutup 1,462.37 pada Rabu. Foto hiasan

BURSA Malaysia meneruskan aliran meningkatnya untuk ditutup tinggi hari ini berikutan peningkatan minat daripada pelabur runcit dan penstrukturan semula portfolio oleh pelabur institusi dan asing, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang hari ini, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.01 peratus atau 14.89 mata kepada 1,477.26 daripada paras penutup 1,462.37 pada Rabu.

Jumlah dagangan hari ini melonjak kepada 6.37 bilion unit bernilai RM3.82 bilion daripada 5.63 bilion unit bernilai RM3.12 bilion yang mana merupakan yang tertinggi dalam tempoh setahun sejak 24 Nov, 2022 apabila pasaran merekodkan jumlah dagangan sebanyak 6.86 bilion unit.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 0.48 mata kepada 1,462.85 dan bergerak antara paras 1,461.03 dan 1,477.56 sepanjang sesi dagangan.

Sumber