Jualan kenderaan pada Ogos meningkat 71,745 unit – MAA

Jualan kenderaan pada Ogos meningkat 71,745 unit – MAA

Kenyataan MAA pada Jumaat

Kenyataan MAA pada Jumaat

JUALAN kenderaan di negara ini mencatat peningkatan sebanyak enam peratus kepada 71,745 unit pada Ogos tahun ini berbanding 67,609 unit pada bulan yang sama tahun lalu.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam kenyataan berkata, keseluruhan volum industri (TVI) bagi Ogos 2023 adalah 13 peratus lebih tinggi dari Julai 2023 iaitu sebanyak 63,676 unit.

Menurut kenyataan tersebut, jumlah jualan Ogos bagi tahun sehingga kini lebih tinggi pada 501,552 unit berbanding 449,289 unit dalam tempoh yang sama pada 2022.

Jelasnya, dari segi volum, keputusan itu menandakan TIV bulanan kedua tertinggi untuk 2024 dalam rekod.

“Pertumbuhan kukuh yang dicatatkan itu adalah disebabkan oleh prestasi keseluruhan yang lebih baik, rantaian bekalan yang berkesan dan juga kempen promosi Hari Kebangsaan oleh beberapa syarikat penjualan kenderaan.

“Jumlah pengeluaran industri yang dicatatkan pada Ogos 2023 iaitu pada 67,912 unit juga lebih tinggi berbanding 66,862 unit pada Julai 2023.

“Bagi September 2023, ramalan jualan MAA dijangka sama seperti paras Ogos 2023,” kata kenyataan tersebut pada Jumaat.

Tambah kenyataan itu, jualan kenderaan penumpang meningkat kepada 64,633 unit pada Ogos 2023 berbanding 60,725 unit pada Ogos 2022, dan jualan kenderaan komersial pada bulan yang sama meningkat kepada 7,112 unit daripada 6,884 unit sebelum itu.

Sumber