Johari Abdul Ghani letak jawatan Pengerusi CI Holdings

Johari Abdul Ghani letak jawatan Pengerusi CI Holdings

DATUK Seri Johari Abdul Ghani yang baharu dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan telah meletak jawatan sebagai Pengerusi CI Holdings Bhd hari ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, CI Holdings berkata Johari, 59, bukan lagi ahli jawatankuasa pencalonan dan imbuhan syarikat itu berikutan peletakan jawatannya sebagai pengerusi bukan eksekutif bukan bebas.

“Pengarah syarikat itu, Megat Joha Megat Abdul Rahman, 60, yang mempunyai kepentingan langsung sebanyak 0.62 peratus dalam syarikat itu telah dilantik semula sebagai pengerusi bukan eksekutif bukan bebas,” kata CI Holdings yang terbabit dalam pembuatan dan pembungkusan minyak makan pada makluman berasingan di Bursa Malaysia.

Menurut laporan tahunan syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2023 (TK2023), Johari ialah pemegang saham tunggal terbesar CI Holdings dengan memegang 53.4 juta, atau 32.96 peratus kepentingan tidak langsung dalam syarikat itu melalui JAG Capital Holdings Sdn Bhd.

Sumber