Insken catat RM11 juta hasil jualan, 178 pekerjaan baharu

Insken catat RM11 juta hasil jualan, 178 pekerjaan baharu

Antara graduan yang berjaya menamatkan program bimbingan Insken 2022.

Antara graduan yang berjaya menamatkan program bimbingan Insken 2022.

PROGRAM Institut Keusahawanan Negara Berhad (Insken) Bumiputera Business Coaching (IBBC) mengekalkan momentum kecemerlangannya selepas berjaya mencatatkan hasil jualan RM11 juta dan 178 pekerjaan baharu melalui pelaksanaan sembilan program bimbingan pada tahun lalu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, seramai 251 usahawan telah tamat mengikuti program berkenaan dan 12 daripada mereka telah bertukar status daripada peniaga mikro kepada kecil bimbingan yang dijalankan selama empat bulan.

“Secara keseluruhan, 54 peratus peserta berjaya mencapai KPI (petunjuk prestasi utama) program yang ditetapkan iaitu peningkatan hasil jualan minimum sebanyak 20 peratus melalui program bimbingan komprehensif anjuran agensi ini yang berada di bawah kawal selia Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi,” katanya pada Rabu.

Ujar beliau, peningkatan jualan itu juga melibatkan sembilan industri antaranya IBBC Kiosk Vendor, Pet Care, Jualan Pasar Raya, Printing dan amp, Related Services dan Postnatal.

“Muhammad Mikhail Aiman Mohd Nazari, peserta Program IBBC Printing & Related Services adalah antara yang terbaik kerana berjaya meningkatkan hasil jualan sehingga 223 peratus.

“Faktor yang mempengaruhi peningkatan hasil jualan selepas mengikuti program ini adalah apabila beliau konsisten menggunakan semua platform pemasaran serta menambah pasukan jualan, pemasaran dan produksi seperti yang dipelajari serta dibimbing di dalam program IBBC,” katanya.

Tambahnya lagi, usahawan yang dilihat bersungguh-sungguh ingin memajukan perniagaan seperti peserta program berkenaan akan terus dibantu dan disokong oleh kementerian termasuklah kesemua agensi.

“Laporan peserta program ini seterusnya akan dihantar kepada agensi di bawah kementerian ini untuk dipertimbangkan bagi penyaluran geran, pinjaman serta bantuan yang bersesuaian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Insken, Muhd Firdaus Azharuddin berkata, usahawan yang ingin berjaya memerlukan latihan, bimbingan dan sokongan daripada pelbagai pihak.

Muhd Firdaus

Muhd Firdaus

“IBBC merupakan program yang komprehensif kerana dilengkapi dengan semua keperluan tersebut termasuklah kepakaran ‘Industry Coach’ dan juga rangkaian usahawan.

“Gabungan kesemua komponen ini terbukti telah membuahkan hasil yang amat baik. Setiap industri mempunyai peserta cemerlang yang diukur melalui peningkatan hasil jualan serta komitmen mereka,” katanya.

Sumber